
aku tak nak cakap pasal sesiapa
tapi benda ini berkait dengan kisah hidup
cinta ialah sebahagian episod dalam hidup kita
maaf kepada kawan aku ini
semalam berbual2 sambil buat assignment
kawan aku ini cakap nak sambung balik dengan kawan istimewa dia
selepas beberapa kali ada pasang dan surutnya
lantas mulut aku yang laju ni pun tanya
sembilu pun ada dua saja ko nak wat filem apa pulak ni
ke ko nak lawan harry potter
saja nak hiburkan hati dia tengah sedih sebab rindu kat mak dia
tetiba aku teringat sesuatu
itu hanya pembukaan pasal filem
kalau hidup umpama sebuah filem boleh ditambah dan diarahkan mengikut kehendak, semua orang akan sempurna
tapi orang berduit akan berkuasa,betul tak?
realiti kehidupan memang macam itu,seperti sekarang orang boleh tindas orang
orang boleh lakukan apa saja untuk kepuasan hidup
sebagai penonton filem,kita tak boleh sekadar isi masa lapang saja
walaupun ada orang menghalang aku menonton drama atau filem
sebab aku terlalu beremosi,lembik dan cepat menangis,mudah terhibur dan suka ketawa
ianya hanya tatapan,tapi bagi selagi nilai dan penyampaian dia menarik ok la kan
kota apa dicita,selagi tak mengganggu rancangan hidup tontonlah filem
sebab apa cakap macam itu,sebab sudah ada pendapat menyatakan filem mempengaruhi pemikiran sesiapa
dan aku sudah ada contoh2 dalam fikiran aku,semua dikatakan kawan dan keluarga
tindakan,perlakuan dan keputusan hampir serupa,tinggal sedar atau tidak
contoh adik aku yang minat tengok kartun magik dan penguasaan dan sebagainya
sampai sekarang tak boleh berenggang dengan permainan kreatif,aku tak menghalang selagi tak berbahaya dan menyusahkan aku
dan apa yang aku tak suka di sini,sebab tengok kartun2 yang salah guna kuasa dia akan bertindak di luar kawalan
anak2 saudara memang contoh kartun aksi ganas dan bertumbuk,menasihati ialah proses jangka panjang dan harus dipraktikkan
itu kalau budak2,tapi kalau dewasa,pendapat tentang pengaruh filem ni dah banyak
cuma aku teringat bila dikeluarkan selepas pembunuhan paling kejam kebelakangan ini
itulah ada orang beza2 pemikiran dia,bergantung kepada cara kehidupan masing2
apa yang kita boleh buat selamatkanlah dunia dengan kelebihan masing2
jenayah dan dendam ada dimana2,kalau kau bergerak setapak ke depan musuh kau mungkin sudah 10tapak
tak siapa nampak aturan hidup kita dari lahir sampai ke nafas terakhir
kenapa peguam dengan doktor tak sama?
kenapa polis denga guru tak sama?
kenapa businessman lepasan graduan dan tidak bergraduan tak sama
sebab memang semua orang tak akan sama dari segi minat dan tindak tanduk
contoh paling senang setiap orang berbeza cop jari walaupun kembar..hehehe
kalau ada kuasa dan kelebihan pakailah untuk sesuatu yang berfaedah
kalau jadi peguam belalah keadilan yang sebenarnya
kalau jadi doktor rawatlah dengan ikhlas seperti yang dijanjikan
kalau jadi polis tegakkanlah keadilan seperti yang diikrarkan
kalau jadi guru didiklah anak bangsa supaya jadi peguam,doktor atau polis atau sebagainya yang istimewa
mendidik,mengajar dan memberi pengajaran tidak sama
jangan suap sampai termuntah,jangan beri sampai lupa diri
bila pencarian bergerak sendiri,badai akan sentiasa seiring
sekaligus belajar menghargai hidup sendiri dan orang lain
bila pencarian tiada dalam kamus,dah maju sikit akan menggigit
tapi bila pencarian sendiri yang dalam badai dan duri
dipenuhi nanah dan bisa di hati,wujudlah sesuatu yang susah dipadam
dari sebuah filem kepada sebuah kehidupan kadang2 ada persamaan
ada yang tidak akan memberi sedikitpun nilai dan hamparan
kerana orang yang yang bukan guru tadi hanya bertindak sebagai penyampai yang rumit
jika tidak diselam kita akan berlalu sepi dan berkata di dalam hati
"ending serabut,cerita tak best"
