Saturday, March 17, 2012

belasah aje

lama tak tulis dekat sini
dan kalau tulis pon sekadar baca sendiri
bila dah nak habis belajar
perasaan matang dalam kepala saja ada
tapi matangkah aku?
tak paham-paham lagi dengan diri sendiri
tapi belasah aje,hidup mesti diteruskan
biarpon perancangan hidup biasa-biasa aje
apa yang menguatkan aku ialah orang sekeliling
jaga diri sendiri,tak sibok hal orang
dan enjoy dengan kehidupan sendiri
hari dapat dikatakan aku seronok
nak tak nak,jumpa kelompok baru
bukan selama ni tak seronok
selama ni kan hidup macam linear je
jadi susah untuk aku bawak diri aku keluar dari keadaan itu
sebab hati aku kalau satu aku suka,susah aku nak berubah
tapi lepas bertahun-tahun,aku berjaya padam sebuah rasa yang membazir
mungkin takdir sudah tertulis yang ada orang belajar perlahan-lahan
ada orang memang sekali terus tangkap
tapi aku tak ambil hati dengan diri sendiri yang lambat ini
sekurang-kurangya ini pelajaran kehidupan aku yang sangat halus
biarlah aku berterus terang dengan diri sendiri aje
setelah dua tiga tahun membiarkan diri rindu pada orang yang salah
akhirnya tuhan beri laluan aku untuk suka pada sesorang
biarpon aku tak tahu statusnya,aku pasrah
sekurang-kurangnya,lelaki ini memang betul2 buat tertarik
biarpon semua ciri yang ada padanya bukan idaman aku
yang aku tahu,aku suka lelaki merendah diri dan menghormati perempuan
pandai membawa diri dan tak hover nak gila kuasa atau pentingkan diri sendiri
aku hanya suka padanya,sebab dua tiga hari perasaan pelik menguasai diri ini
jika dia milik orang,sekurang-kurangnya aku dah meneutralkan rasa sakit dalam diri
bagi aku jodoh ialah ketentuan illahi,jika dia milik kita
dah tertulis jalan yang senang akan bawak kita kepada dia
tapi kawan aku cakap,kalau tak berusaha mana nak dapat
bagi diri aku,aku tak bersedia nak jaga hati orang lagi
aku tetap akan menerima siapa yang akan betul-betul ingin menjaga hati aku
bagi aku sebuah perhubungan cinta biar serius biar ada tanggungjawab
bukan main-main macam hidup yang boleh dibelasah aje,hahahha
bila dah meningkat usia baru sedar,bercinta bukan seperti monyet
sekejap dan sekejap,bukan bermaksud boleh sakitkan hati orang itu
biar ia dibawak ke seluruh hidup,biar tepat,biar kita sayang kelemahan dia
agar kita sama-sama berubah dan menganggap kelebihan masing-masing satu bonus
hanya sekarang aku tak berharap kepada orang itu,aku dapat berterima kasih kepada tuhan kerana membuka pintu hati aku untuk berubah dan dapat mengenali orang itu
apa yang benar-benar perlu difokus ialah kerjaya dan masa hadapan.
beri diri sendiri suatu yang membanggakan,belasah aje