sebab sunyi sangat kenalah singgah kat sini
dalam proses memebersihkan diri dan hati
tapi apa boleh buat dugaan datang sama hebat dengan niat
dosa lampau sukar disingkirkan, sehingga meragut ingatan
sedar tidak sedar tutur kata dan santun seperti pedang
menikam perasaan dan kehidupan orang lain
selalunya perkara yang mahu dielakkan pasti seperti dijemput
ini membuatkan diri cekal semangat mengunci diri dalam peti besi
semoga tidak ingat sebarang nombor untuk membuka semula
bukankah dalam hidup harus berkongsi?
apa yang aku sekarang tulis bukan kongsi ke?
lakukan yang termampu, selesaikan dan selarikan keputusan
tiada buku baru hanya perlu menampung compang-camping lama
berbahagialah.