Wednesday, September 5, 2012

doakan


salam syawal
aku masih kat rumah berlengah-lengah
mana tempat pon aku tak hantar resume
buat keputusan ni sebab nak tengokkan adik upsr
tak sabar nak bagi segulung ijazah dekat ayah dengan emak minggu depan
nanti dah kerja bolehlah bagi dorang merasa wang yang anak dorang besarkan
sebut pasal cita-sita banyak nak jadi..banyak dah rancang
rezeki mana yang dapat nanti terima sahaja
cuma jiran selalu nak tunggu nasi minyak aku
giliran sudah sampai dekat aku dalam taman tu
jawapan aku 'no way' dalam hati sahaja
buka mulut nanti mahu mak aku sekeh kepala
mestilah aku senyum-senyum malu kan
kerja pon belum
siapakah lelaki di hati aku
tempat paling bawah jawapannya
mungkin memang aku tak mahu ada tanggungjawab dan komitmen
diri sendiri aku tak mampu nak urus inikan jaga hati seseorang
merana sahaja anak teruna orang hari-hari menangis
kawan aku artis kat tv al-hijrah yang suka memasak(perlu ke mention?)
nak bagi tahu jugak aku kawan dengan artis
bangga sebab dia selalu kutuk aku terus menerus
dulu sentap,sekarang jadi makanan je
sebenarnya tak tahu nak handle nak letak muka terkejut then nak menangis
nak senyum balik?macam mood roller coaster tau kena ubah
sebenarnya nak bagi tahu anak orang merana je kahwini aku
kahkahkahkah
ini la ayat kawan artis aku bagi 'payah la siapa kahwin dgn u-syg tolong masak,lepas raya cina eh-syg basuh baju b,tahun depan boleh'
kan aku sudah cakap aku ni jiwa merayap tak betul
jiwa sakit bukan happy macam orang lain,nak jaga hati sendiri pun payah
aku nak cari kebahagiaan sendiri sebelum berkongsi kebahagian dengan orang lain
diriku percayalah kebolehanmu!
doakan aku kerja cepat, bukan kahwin cepat!hehehe