
bila naik tahun 2011 ni
aku rasa biasa2 saja
azam pun pakai azam lama
azam baru ada satu dua saja
tapi semalam 12januari
bila ada taklimat latihan industri
baru aku tahu aku sudah dewasa
baru aku tahu aku bukan budak2 sekolah lagi
dan aku sudah hampir habis di universiti
aku cuma tinggal kurang dua tahun di sini
tapi perangai tidak boleh ubah sangat
banyak aku berdiam dan mendiamkan
alih2 petang aku rasa aku tak boleh berpatah balik
untuk betulkan aku rasa janggal
dulu aku lebih suka berpura2 dan lari2
sebab aku rasa aku boleh rahsiakan
bila pentingkan diri dalam pelbagai aspek
bila tak hiraukan perasaan orang lain
sebab nak jaga ego diri sendiri
banyak aku terlepas pandang
aku berjanji dengan diri sendiri
aku akan cuba menjaga peluang kedua dan ketiga jika ada
terima kasih kerana semua yang berlalu dalam hidup aku
adalah pengajaran yang penuh warna
"di balik seseorang ada seseorang..andai seseorang tiada di balik seseorang itu..arah yang ditujui tiada hati"
