Sunday, November 27, 2011

mana-mana yang salah


mak ayah memang berhak risaukan anak mereka
dan memilih benda-benda yang baik untuk anak
tetapi situasi di sini mak ayah sepeti tidak percaya
membuatkan aku rasa aku seperti anak angkat
aku seperti sedih bersendirian menanggungnya
hak seperti berkawan,kebebasan dan keterbukaan
menghalang aku terbang dan memilih hingga tahap ini
membuat aku kecewa dan buntu setiap detik
aku mengaku terlalu jauh aku bercinta dan berkasih
sekurangnya racun dalam hidup aku telah mengajar,
tanpa jatuh,salah dan kalah aku tidak cerdik
aku sama sekali tidak betah tentang kehidupan..
aku memohon kepadaNya supaya dibetulkan
dan dipertemukan dengan orang yang tepat
walaupun aku belum bersedia,
dan menyusun keping-keping hati supaya bercantum
sembuh bukan sinonim seperti maknanya
orang yang bijak dalam mengawal situasi dan diri aku
sabar menilai dan menjaga perasaan yang terlalu halus ini..
paling utama sentiasa menjaga temu janji
dan patuh pada perintahMu maha mengetahui
aku tidak suka berada di luar kepercayaan orang
terutama orang yang sangat-sangat penting
mereka yang telah membesarkan aku
namun suatu hari akan aku buktikan sesuatu
bahawa yang tidak betul,yang silap akan mendahului
sebelum betul.
ada orang lain cabarannya,ada orang tiada masalah
bahagia,diuji sakit.
ada orang punya wang namun tak mampu beli kasih sayang
seperti tidak kena berkata-kata tentang kasih dan sayang..
sedangkan pada tahap ini nilai kasih sayang dalam diri aku
terlalu menipis..
ada orang jalan hidup sentiasa mudah,tapi diberi ujian lain
tiada salah dan betul,tetapi persefahaman
jika tak mampu bertanya,siasatlah sendiri
pejam mata hati bertindak perlahan,dari diam dan menghukum
jika kita sayangkan seseorang ambillah berat secara diam atau berdepan
dan jika itulah anak yang kita sayang,reflek keadaan sekeliling.
bukan mengawal tapi sentiasa memastikan keadaan terkawal
itu lebih efisien.i'm done with my word.
.

Thursday, November 24, 2011

Saturday, November 19, 2011

tasbih kasih

hari jumaat baik untuk sambut hadiah baik
semoga tasbih kasih dari sesesorang
dapat menjarakkan kita kepada lebih diredai
hari-hari yang aku pinta darimu
hanyalah hari yang aku perlu renung kau
hari yang perlu aku amati kata-kata kau
untuk akhirnya dan menyelesaikan segalanya
jangan kita jadikan masa lalu,kepentingan diri
menahan perasaan untuk simpati
betullah kata orang kalau kita sayang tak semestinya benda itu milik kita
i am sick playing this way..

Friday, November 11, 2011

paint


bila bercakap rasa nak ulang benda yang sama
bila berkhayal rasa nak tidur sepanjang masa
tapi bila melukis dan mewarna,rasa puas
masa sekolah selalu mewarna kat buku kartun
sebab nak melukis tak cantik,tak kemas
nak lukis orang jadi raksasa,kadang lidi sate
bila nak warna lukisan mesti pilih LUNA
ingat bakat besar dalam mewarna,selalu join contest
cikgu wat contest kat kantin sekolah
semangat mewarna tertongeng-tongeng
mana tau dapat saguhati kalau ada LUCK
macam biasa bakat ala-ala kadar saja
bakat mewarna takat sedap mata memandang
dari sekolah pon memang sederhana
tidaklah menyilau atau malap kehadiran diri sendiri
sekarang hampir terlupa bakat tipu-tipu dalam diri
dua tiga hari duduk mencari pemangkin rajin
konon bila main games daun terup sel otak bersambung
terjumpa paint sebab suka crop gambar
sudah malas mahu guna sebarang medium edit foto
tercetus idea mahu melukis dengan jimat
tak payah beli buku lukisan dengan warna
boleh buat lukisan banyak,walaupun cikgu tengok bagi C-
nak bercakap malas,nak menulis merapu,jadi melukis
warna boleh girangkan hati,melukis boleh pupuk kesabaran
lukisan kat atas gambar tasik,inform awal takut sebarang kemusykilan..

Saturday, November 5, 2011

aku sedar

mood nak tulis kat blog hari2
sebelum terlambat aku melakukan apa2
mengucapkan terima kasih
aku sedar ramai yang sayang dan peduli aku
terutama kawan baik aku
yang selalu protect aku macam pakwe aku
'kau tahu,aku terharu tapi aku tak boleh jiwang'
nak ucap semua tu kat kau
begitu jugak kakak angkat aku
yang kadang2 agak tegas dan garang
'kaulah terbaik antara terbaik'
seterusnya orang yang takut aku nak hadapi
dan buat aku berfikir seribu dua kali
sebelum taip sesuatu untuknya
penasihat dan boleh dikira pengkritik
'terima kasih abang'
selepas itu mereka2 yang berada di bilik sekarang
orang sebelah katil,orang hujung bilik dan orang jaga pintu
kalau tak,mana boleh duduk satu bilik
tak lupa orang paling akhir
racun dalam hidup aku
orang yang buat aku nak jadi terbaik hari2
orang yang buat cita2 aku hampir menghampiri

setiap orang memerlukan sesiapa sahaja
paling mujarab doa mak ayah
dan yang selalu ada walau kita melupakanNya
salam aidiladha


Friday, November 4, 2011

i like her


sesampai kedah untuk cuti midsem
terus mak ajak aku balik kampung
bawak kereta yang ayah pinjamkan untuk LI lepas
makin mantap pulak kereta kat tangan ayah
mak kata hajat hati aku diluluskan
jadi kereta akan ikut aku ke kuantan bila2 masa
sesampai di kampung menuju ke rumah abang
bertanyakan keperluan abang yang tinggal sorang
tak lama lepas tu tok menyusul,sayang tok
walaupun balik sekali sekala,tok suka cucu pendiam dia ni
balik kejap then mak ajak pergi pasar
mak tak mahu bersesak esok masa semua orang nak beli barang
maklumlah lusa dah nak raya haji kan
tapi keadaan pagi ini sudah sarat dengan orang ramai dan kenderaan
singgah pasar tapi aku dan adik dalam kereta
mak tak bagi turun kereta sebab aku pakai seluar pendek
buka separuh tingkap kereta,dan berbual dengan
bual tentang apa adik buat,dan apa adik nak
lalu seorang cina lalu,'is that your sister'
adik jawab,'yeah,my sister'
'tell her that i like her face,and i like her'
aku senyum jawab tq
masa tak mengizinkan bila kawasan pasar sibuk dengan kenderaan
cina tu pon berlalu,dalam otak ligat berfikir
cina tu dah hilang akal?tapi tengok macam tiada masalah mental
atau aku dirasanya cina bila pakai seluar pendek?
ak dah paham muka aku memang macam korea?
uweeekk perasan lagi..
lawak aidiladha..muntah sendiri


Thursday, November 3, 2011

aku maafkan kau

aku tidak sempurna:

setiap ape yang berlaku dalam hidup kita selalu nya

bukan kita yang merancang... ape yang lebih

memiilukan bila sesuatu benda tu terjadi d luar

jangkaan kita...ini lah yangdinama kan lumrah

kehidupan...kehidupan kita tidak lah

selalunya manis seperti yang kita angan- angan

kan... sudah pasti onak duri dan dugaan akan datang

silih berganti bersama keceriaan... di sebalik

sebuah keindahan akan pasti ada bersama

keperitan... sebuah senyuman akan pasti

pernah bersama kesedihan... sebuah gelak

ketawa juga pasti pernah merasai jeritan dan tangisan

air mata... kenapa semua ini selalu beriringan dalam diri

dan kehidupan kita???? supaya kita x pernah lupa

akan kepada NYA yang ESA... supaya kekadang kita

terjaga dari ego kita... supaya kita terbangun dari

lamunan dunia yang sementara.. supaya kita

tahu di mana kesalahan kita... supaya kita dapat

buka mata kita yang kita pernah ada silap nya..

supaya kita tahu bahawa kita ini punya kelemahan

dan kekurangan... ya allah bila kita tahu sesuatu tu

tanpa di sangka ase kelu lidah nk berbicara... ase

macam2 terlintas dalam minda...ase pusing..bagai nk

rebah... hurm.. ya allah.. maaf kan aku andai aku ini

telah meluka kan banyak hati... maaf kan aku jika aku

berada di landasan kegembiraan di atas

kedukaan dan kelukaan insan lain...

maaf kan aku kerana aku tidak mengetahui semuanya

lebih awal... ya allah semoga insan di luar sana

sudi maafkan setiap kesalahan aku ini sama ada

aku laku kan dalam sedar @ sebaliknya... ya allah..

sesungguh nya aku tidak mengetahui kebenaran

yang sebenarnya sebelum ini... ya allah maaf kan aku

jika aku telah merampas kebahagiaan insan lain...

ape yang harus aku laku kan sekarang? menambah

luka pada insan yang lain?

berbagia dan berkelak ketawa sedangkan ada

insan yang menangis terluka kerana aku?

ya allah.. kuatkan lah semangat ku... aku lemah

tanpa petunjuk MU... tabah kan aku YA ALLAH... jadi

kan aku setiap dugaan ini sebagai peringatan dari

MU... Dekat kan lah diri ku ini bersama MU selalu...

tenang kan lah hati ini supaya aku dapat membuat

keputusan yang wajar.. YA ALLAH..aku sedih dengan

ujian-MU ini... jadi kan lah aku ini seorang insan yang

sabar...

aku sudah lama maafkan kau..tiada apa2 yang aku simpan dan dendam..aku simpati

Wednesday, November 2, 2011

l.o.v.e



L is for the way you look at me
O is for the only one I see
V is very, very extraordinary
E is even more than anyone that you adore can

Love is all that I can give to you
Love is more than just a game for two
Two in love can make it
Take my heart and please don't break it
Love was made for me and you



mood bahagia dengan kerja melimpah