Sunday, November 27, 2011

mana-mana yang salah


mak ayah memang berhak risaukan anak mereka
dan memilih benda-benda yang baik untuk anak
tetapi situasi di sini mak ayah sepeti tidak percaya
membuatkan aku rasa aku seperti anak angkat
aku seperti sedih bersendirian menanggungnya
hak seperti berkawan,kebebasan dan keterbukaan
menghalang aku terbang dan memilih hingga tahap ini
membuat aku kecewa dan buntu setiap detik
aku mengaku terlalu jauh aku bercinta dan berkasih
sekurangnya racun dalam hidup aku telah mengajar,
tanpa jatuh,salah dan kalah aku tidak cerdik
aku sama sekali tidak betah tentang kehidupan..
aku memohon kepadaNya supaya dibetulkan
dan dipertemukan dengan orang yang tepat
walaupun aku belum bersedia,
dan menyusun keping-keping hati supaya bercantum
sembuh bukan sinonim seperti maknanya
orang yang bijak dalam mengawal situasi dan diri aku
sabar menilai dan menjaga perasaan yang terlalu halus ini..
paling utama sentiasa menjaga temu janji
dan patuh pada perintahMu maha mengetahui
aku tidak suka berada di luar kepercayaan orang
terutama orang yang sangat-sangat penting
mereka yang telah membesarkan aku
namun suatu hari akan aku buktikan sesuatu
bahawa yang tidak betul,yang silap akan mendahului
sebelum betul.
ada orang lain cabarannya,ada orang tiada masalah
bahagia,diuji sakit.
ada orang punya wang namun tak mampu beli kasih sayang
seperti tidak kena berkata-kata tentang kasih dan sayang..
sedangkan pada tahap ini nilai kasih sayang dalam diri aku
terlalu menipis..
ada orang jalan hidup sentiasa mudah,tapi diberi ujian lain
tiada salah dan betul,tetapi persefahaman
jika tak mampu bertanya,siasatlah sendiri
pejam mata hati bertindak perlahan,dari diam dan menghukum
jika kita sayangkan seseorang ambillah berat secara diam atau berdepan
dan jika itulah anak yang kita sayang,reflek keadaan sekeliling.
bukan mengawal tapi sentiasa memastikan keadaan terkawal
itu lebih efisien.i'm done with my word.
.

No comments: