Tuesday, April 30, 2013

kurang berperasan

aku akui hari-hari aku akan diuji pelbagai masalah
dan ada hari-hari aku kan jadi sensitif
dan juga ada hari-hari aku jadi sangat positif
dan bila hari ini
di kala kawan-kawan serumah aku tengah bersedih dengan berita
salah sorang daripada mereka ingin menangguhkan pengajian
sebab dia telah mendapat kerja
aku rasa itu berita gembira buatnya, atau aku tiada perasaan?
atau kurang berperasaan
ataupun aku tidak sensitif dengan hal ehwal perasaan?
aku rasa aku banyak menanggung kesakitan yang alhamdulillah
tuhan takkan sengaja menguji lebih dari kemampuan umatnya
aku tak mampu tulis benda positif melainkan tulis apa yang aku rasa
dan yang ingin aku luahkan

letih dan takut

letihnya hari-hari terdedah dengan masalah
sebelum belajar dah berniat nak jadi seorang yang bertanggungjawab pada diri sendiri
dan takkan benarkan orang lain buat masalah
tak sangka memang ada orang buat masalah dalam diam-diam
dan masalah aku pulak malas nak tegur orang buat masalah
dan biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya
dan labu-labu tu dah bergoleh ke arah aku
aku rasa aku semakin lemau dan penat nak hadap
ingatkan cuti dapat bercuti,rupanya tak
stress buat kerja tak teruk sangat dengan stress perasaan bercampur ni
kenapa semua ni harus macam ni
atau akulah sebenarnya SUPERMAN itu?
tahulah orang-orang zaman sekarang akan anti dengan orang yang cuba nak bertanggungjawab
ini bukan masalahnya la korang
ini dah menconteng reputasi aku sedikit walaupon besar kuman je aku pada orang lain
gila pentingkan diri aku ni..LARIIIIIIIIIIIIII