Monday, December 9, 2013

hanya kerana

semuanya ditarik
kalau tuhan nak ambik
sesaat pon dia ambik
Allah Maha Besar
hanya kerana sekeping hati
aku telah merosakkan keseluruhan hati
hanya kerana sebuah senyuman
aku telah mengorbankan seluruh hidup
itulah penantian 3 dan 4 hari yang dicari
sebuah cerita yang meredamkan impian
takut nak teruskan hidup
hanya hadapinya dengan penuh tanggungjawab.

u done!

bila kena paksa
bila terkongkong
nak fikir perasaan orang
nak layan perasaan sendiri
dah mula rasa hidup ini kurang nilainya
mencari bertingkat tingkat masalah
malas nak melayan seperti rasa nak pengsan.

syabas sangat.aku bukan budak 12 tahun.

Friday, December 6, 2013

berkurung

hamparan pasir di pantai itu sangat cantik
ombak yang menderu-deru bersama angin yang bertiup
menarik perasaaan aku ke situ
mulai hari ini aku hidup dalam kurungan yang akan aku buat.

Thursday, September 26, 2013

awak

saya suka jawapan awak
kalau awak suka saya
berusahalah untuk itu
saya akan menerima awak
jika awak jodoh saya
saya suka cara awak mendekati saya
saya suka awak
tapi saya harus simpan perasaan itu
kerana Allah lebih tahu 
saya hanya mampu melihat awak secara senyap
sungguh tak sangka kita pernah hidup udara yang sama.
saya aka bertahan kali ini
hanya untuk melihat awak.

Tuesday, September 24, 2013

...

hanya kerana mengambil berat
hanya kerana tentang kamu
sedikit demi sedikit aku jauh dari mereka
mata mereka sudah cukup memberitahu
terima kasih
aku tahu dari awal aku tidak disenangi
biarlah aku telan semua ini
semua dari kesilapan aku sendiri
cuma aku mampu bangun untuk perjuangkan harapan mak ayah aku
meniti hari yang sekali lagi memberi aku sejuta duri di hati.

Sunday, September 22, 2013

letih lagi

biarlah apa yang difikirkan
rasa akan sesuatu jika dikongsi
terkubur apabila dibiar
hubungan ialah komitmen
jika mahukan grab it omputih cakap
jika tidak let it go
nampak tak semua hubungan ialah kepentingan diri sendiri
selebihnya jodoh dan takdir.
pernah tak rasa terbeban dengan perasaan sendiri?damn

Tuesday, September 10, 2013

:(

sakit jantung lagi macam nak pecah
aku kalau dah angau macam orang bodoh kan
aku tak nak memiliki sesiapa pon
sebab akhirnya aku akan sendiri jua
bestnya jadi orang lain
kebahagiaan akan jadi kenyataan
untuk aku kebahagian adalah angan-angan.

Friday, September 6, 2013

tragedi

membiarkan seperti tak pernah tahu
mengintai cuba ambil berat
bangun bila terlena di mimpi yang panjang
mencari sesuatu tapi sepi
menutup mata akhirnya sendiri
salahkah menafikan itu
kerana aku pilih aku tidak layak
sebelum melangkah lebih jauh
aku kejam pada diri sendiri
kenapa hati mesti mencari kuncinya
sedangkan ada benda yang menghalang suatu hari nanti
luka atau rindu
senyum sendirian kerana kenangan masih tersimpan
manisnya perasaan susahnya menelan kekesalan.

Thursday, September 5, 2013

bila

bila sunyi buat perkara tak berfaedah
bila rindu jantung macam berlari 100meter
bila sakit rasa macam percaya sajalah.

sesal sangat

ayah cakap panjang lagi sebab adik
ayah selalu cakap dulu pon dah cakap
tetiba rasa sesal dalam hati yang amat sangat
apesal aku tak pernah bear in mind
membuang masa mengingati orang yang tak sayang aku dulu
padahal orang yang membesarkan dan memberikan termampu
hanya kerana perasaan bodoh aku dulu
kesilapan yang aku buat menyebabkan aku wat benda yang aku tak suka hari ni
kalaulah benda ni berulang lagi
astaghfirullah hal adzim
tiap-tiap terjadi ada pengajaran

Saturday, August 31, 2013

tak kisah

bila sesuatu yang kita sembunyikan
adakah orang sama juga menyembunyikan juga
yang penting ada benteng konkrit
susah mempercayai bila kita seorang teliti
kadang-kadang terjadi fakta yang bersilang
terus membuat aku berfikir lagi
dan pegang jantung macam seseorang cakap
heart ialah jantung bukan hati
perasaan yang sama yang takkan pernah henti
betapa jantung ini tidak mengenal perkongsian tepat
dan bila kenyataan bukan lagi benar
mengapa tak mampu melangkah terus
perkataan ibarat pisau tajam
jika tidak dibendung mampu merosakkan perasaan.
kisah atau tidak?risiko hidup selamanya
berani maka terima apa sahaja nanti

Saturday, August 10, 2013

rintihan hati

Dari facebook seorang kawan

Aku masih ingat kata-kata bunda soal jodoh..

"Jangan risau nak, dia yang ikhlas akan datang dan menerima dirimu dan keluarga kita seadanya.."

Semenjak itu, aku belajar untuk menjadi gadis yang ikhlas..

Kerana aku percaya janji Allah, hanya orang ikhlas mampu berdamping dengan orang ikhlas pula.


setiap kali aku mula jadi liar,hati aku keras
pasti Allah temukan aku dengan orang yang memulangkan aku ke sisiNya
setiap kali insiden yang meragut nyawa aku 
pasti Allah beri suatu kilat dalam diri secepat mungkin dari aku lalai
betapa Allah sayang dan mahu sujud dan  mendengar aku menangis berdoa kepadaNya
aku bersyukur mempunyai peluang untuk bau syurga lagi.



aku tak nak jadi perempuan jahat sundal pon
tapi bila semua orang nak didik hati aku jadi macam tu
tak reti nak hormat aku 
tu jela jalan yang terbaik mungkin.

semoga tuhan berikan hidayah dan bebaskan perasaan gila aku tu.

Friday, August 9, 2013

seperti dia


ada sesuatu di antara awak dan saya,
saya tidak mampu mencintai awak,
itulah perkara yang buat saya sedih.

Monday, August 5, 2013

no more tears

aku tahu apa itu sedih
aku malas ambil tahu apa itu air mata
terus genggam kesakitan
terus lalui bara dalam kasih sayang yang aku cipta sendiri
memang takkan wujud dalam 24jam apa itu ketenangan dan kebahagian.

Friday, July 26, 2013

tanpa nyawa

bila kau sendiri tak tahu nak buat apa
kau akan rasa sangat tertekan
bila kau sendiri tersilap langkah
kau rasa menggelabah dan tak tahu nak pergi mana
bila kau rasa nak menangis
kau dah tak boleh nak berpatah balik
kau akan rasa teruskan hidup tanpa nyawa
buat benda yang kau tak suka
teruskan tanpa apa2.
kau akan mati sia2.

Wednesday, July 24, 2013

comel

bila rasa nak menangis
teringat adik fasi cakap akak ni comel dalam lif.
liza bila gemok comel maksudnya chubby ok?

Monday, July 22, 2013

sedih

aku tak tahu dah rosakkan hidup sendiri atau tidak
semoga aku sempat perbetulkan jalan yang aku pilih ni
aku betul-betul dah give up aku bukan manusia yang suka cari jalan baru
semoga aku sempat bagi kehidupan yang baik kat mak ayah.

silap lagi

kalau tahu tinggal kat sana tak balik
ambil je job yang mudah tu
sekurangya tak dengar cerita sedih ni
setiap kali pulang tak ada yang boleh aku bantu
dari aku mengalirkan air mata
banyak benda aku dah wat silap.

Saturday, July 20, 2013

bosan lagi

asyik lupa benda penting .

Thursday, July 11, 2013

tidak fleksibel lagi

memang tak sangkal sudah
aku hanya berdoa dia berubah
bijak betul berkata-kata
dan membodohkan orang
bila ada ular dalam hidup kita
kita akan dapati gerakan sentiasa tersekat
aku macam nak ketawa kuat-kuat
sebab aku dah masuk jerat ular
sebab aku dah bodoh
permainan apakah dia buat
kalau buat nampak baik
memang tak jadi baiklah
biarlah orang lain ikut cakap kau
bergembira dengan kau
atau orang lain nak ikut jejak langkah kau
aku memang tak fleksibel lagi dah

terima kasih wahai blog
kau dah setia 4 5 tahun ni

Monday, July 8, 2013

suara kesayangan

suara
inilah yang aku perlukan
ketika dan masa semangat aku dah merudum
suara orang kesayangan
tak sabar nak balik rumah
mak ayah ialah suara tak terhingga
walaupon dorang yang marah maki membebel
tetapi doa yang sentiasa ada buat adik beradik
buat aku terus tersenyum dan kuat melawan rintangan
patutlah sahabat-sahabat jadi hilang arah
apabila satu-satu penjaga mereka sudah kembali
dengan siapa lagi mereka akan telefon
dulu kecik-kecik tak paham nak wat salah
nak lupa apa yang mak ayah tak suka
sekarang tahu betapa risau hati mereka
bila anak wat salah tak tahu nak belajar lagi
please both of you keep smiling for me :)
really miss them

Thursday, July 4, 2013

peluang

bila bukak facebook
ramai kawan upload gambar construction
hati rasa sayu
macam mana aku tak rebut hati lelaki
macam tu la aku tak rebut peluang kerja
segala macam bentuk aktiviti
aku takkan berebut atau mengambil peluang
mungkin aku pasif atau malas?
aku pilih apa dan ambil apa
ikut je apa yang aku suka masa tu
bila tak buat betul-betul rasa menyesal
dah tua macam ini kena mula balik atau rajin sikit?
terima kasih tuhan masih lagi beri peluang yang sentiasa baik

Monday, July 1, 2013

letih permainan dunia

kalau exam je mesti masalah datang
kadang-kadang aku rasa elok aku kawan dengan orang tak kenal
melayan perasaan aku dengan yang tak pernah kenal aku
sekali lagi bila jadi seorang perempuan tak bernilai
kau akan sentiasa dimain-mainkan
kalau dulu kau dilayan perempuan takda harga
tapi sekarang kau dilayan macam ikan di pasar
betapa susahnya aku nak kecapi sedikit kebahagiaan
sesuka hati orang nak lingkupkan no way I have my own value.
aku tak pernah mencarut dan memaki hamun orang
even aku membesar dan dilayan sebegitu
aku cuba sabar.
sebab aku tahu kalau aku dah tak boleh berfikir dengan baik
orang lain akan terkejut sebab dorang tak lahir dari keluarga kasar.
semua orang dilahirkan untuk berkasih sayang
tapi aku masih rasa aku berpura-pura penyayang
hakikatnya 2 3 jam aku boleh take care nak mampos kat orang tu
selebihnya aku buat hal sendiri.
baru  2 3hari ini aku selesa dengan diri sendiri
pergi jalan-jalan tempat orang tersenyum sendiri
hari ni bertimbun-timbun benda tak patut aku pikir aku pikir
tak sabar nak harungi 700 km lebih balik ke rumah
aku tahu dengan cara membuat pecutan laju mampu pudarkan semula
terima kasih sangat-sangat
kadang-kadang kita kena terima nasihat orang sebab kita sudah biasa terlalu bagus
sampaikan kita rasa hati kita terbuka padahal kita menafikan kebenaran
rugi sangat rugi dan kadang-kadang orang yang mintak kau pendapat nak tumbuk kau sampai kau pengsan.
berdiri la dengan niat yang betul.
kalau tak jangan menyusahkan orang lain.


Friday, June 28, 2013

kenapa aku tak lahir awal lagi

pertama kali nampak hari pertama ketika nak mulakan sem
jantung berdegup pantas memandang anak mata
sungguh selalu aku hanya membayangkan orang yang kacak
tetapi karismanya membuatkan jiwa perempuan aku berdebar
bila aku terfikir lagi selalu aku bertanya kenapa aku tak lahir awal lagi?
mungkin aku takdapat tanding permaisuri hatinya sebab tu aku tak lahir awal
mata aku cepat menangkap gerak geri dari rambut hingga kasutnya
sempurna tapi dah dimiliki percaya la aku tak pandangnya dengan mata
tetapi dengan  hati
sekali aku tersedar orang kacak hanya mimpi orang hebat susah dimiliki
jika ada sekalipon apa yang aku mahu beritahu..
salah aku terlampau suka dan layan nikmat dunia
jadi aku akan meneruskan lagi hidup tanpa henti dan putus asa
kerana aku tahu kebahagian bukan hanya pada ikatan



Wednesday, June 19, 2013

menolak

aku sudah menolak seseorang dalam hidup aku
dan aku percaya suatu hari aku akan ditolak juga
tapi kenapa kita nak paksa hati kita kalau kita tak nak
aku bukan nak jadi perempuan yang memilih
tapi aku malas nak hadap masalah2 yg makin banyak
biarlah aku yang menjadi perempuan kejam itu sekali lagi

Tuesday, May 28, 2013

jelik

inilah hari di mana hari duduk membuang fikiran
diharapkan tuhan masih memberi kesabaran aku
mengenali manusia dan kemudian manusia menjelikkan
membuat aku ingin hidup dalam kotak sendiri
tak dinafikan perangai aku yang juga jelik dan pelik
malas lagi nak ambil peduli, rasa nak buat hal sendiri

Thursday, May 23, 2013

sakit

sakit bila hilang semuanya
tapi kalau itu balasan Allah aku redha

Friday, May 3, 2013

dipermudahkan

"saya sangat sayangkan awak bakal suami saya
walaupon saya tak pernah kenal awak
saya harap awak senyum kepada saya setiap pagi
saya harap awak sentuh ubun-ubun saya setiap kali betulkan kesalahan saya
saya harap awak peluk saya setiap kali saya tidur
saya harap awak bimbing saya dalam hidup ni untuk dunia dan akhirat
saya harap saya menjadi kekasih awak selama2nya
saya harap awak jadi ketua keluarga dan ayah yang tegas dan penyayang
saya harap awak tidak melebihkan anak2 dari saya
dan saya harap awak sentiasa pimpin tangan saya bila kita hadapi masalah "

aku pejam mata hati bila bersemuka dengan sahabat2 lama tadi
aku doakan jodoh yang baik2 sama seperti aku
in shaa Allah
aku bersyukur punya sahabat dan di kelilingi orang yang sentiasa menyuburkan 
hati dan minda aku
aku tahu itulah nikmat yang manis, yang Allah kurniakan
dalam tidak sedar aku kadang2 terlupa

impian aku ingin menjalankan kehidupan yang baik bersama insan tersayang
kerana dengan dipilih insan inilah
aku akan berbakti kepada keluarga dan cita-cita aku
semoga urusan kami dipermudahkan
sesungguhnya urusan dalam perhubungan juga minta dipermuhdakan selain
urusan walimatulurus

aku tak tahu siapa dia dan di mana dia
tetapi aku berharap tidak terulang hubungan sia-sia
walaupon banyak aku belajar dari pengalaman itu
semoga aku dan kawan2ku di luar sana dipermudahkan




Tuesday, April 30, 2013

kurang berperasan

aku akui hari-hari aku akan diuji pelbagai masalah
dan ada hari-hari aku kan jadi sensitif
dan juga ada hari-hari aku jadi sangat positif
dan bila hari ini
di kala kawan-kawan serumah aku tengah bersedih dengan berita
salah sorang daripada mereka ingin menangguhkan pengajian
sebab dia telah mendapat kerja
aku rasa itu berita gembira buatnya, atau aku tiada perasaan?
atau kurang berperasaan
ataupun aku tidak sensitif dengan hal ehwal perasaan?
aku rasa aku banyak menanggung kesakitan yang alhamdulillah
tuhan takkan sengaja menguji lebih dari kemampuan umatnya
aku tak mampu tulis benda positif melainkan tulis apa yang aku rasa
dan yang ingin aku luahkan

letih dan takut

letihnya hari-hari terdedah dengan masalah
sebelum belajar dah berniat nak jadi seorang yang bertanggungjawab pada diri sendiri
dan takkan benarkan orang lain buat masalah
tak sangka memang ada orang buat masalah dalam diam-diam
dan masalah aku pulak malas nak tegur orang buat masalah
dan biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya
dan labu-labu tu dah bergoleh ke arah aku
aku rasa aku semakin lemau dan penat nak hadap
ingatkan cuti dapat bercuti,rupanya tak
stress buat kerja tak teruk sangat dengan stress perasaan bercampur ni
kenapa semua ni harus macam ni
atau akulah sebenarnya SUPERMAN itu?
tahulah orang-orang zaman sekarang akan anti dengan orang yang cuba nak bertanggungjawab
ini bukan masalahnya la korang
ini dah menconteng reputasi aku sedikit walaupon besar kuman je aku pada orang lain
gila pentingkan diri aku ni..LARIIIIIIIIIIIIII

Thursday, January 3, 2013

maaf semua

lama tak berkunjung
sebab sunyi sangat kenalah singgah kat sini
dalam proses memebersihkan diri dan hati
tapi apa boleh buat dugaan datang sama hebat dengan niat
dosa lampau sukar disingkirkan, sehingga meragut ingatan
sedar tidak sedar tutur kata dan santun seperti pedang
menikam perasaan dan kehidupan orang lain
selalunya perkara yang mahu dielakkan pasti seperti dijemput
ini membuatkan diri cekal semangat mengunci diri dalam peti besi
semoga tidak ingat sebarang nombor untuk membuka semula
bukankah dalam hidup harus berkongsi?
apa yang aku sekarang tulis bukan kongsi ke?
lakukan yang termampu, selesaikan dan selarikan keputusan
tiada buku baru hanya perlu menampung compang-camping lama
berbahagialah.