membiarkan seperti tak pernah tahu
mengintai cuba ambil berat
bangun bila terlena di mimpi yang panjang
mencari sesuatu tapi sepi
menutup mata akhirnya sendiri
salahkah menafikan itu
kerana aku pilih aku tidak layak
sebelum melangkah lebih jauh
aku kejam pada diri sendiri
kenapa hati mesti mencari kuncinya
sedangkan ada benda yang menghalang suatu hari nanti
luka atau rindu
senyum sendirian kerana kenangan masih tersimpan
manisnya perasaan susahnya menelan kekesalan.
No comments:
Post a Comment