Friday, November 11, 2011

paint


bila bercakap rasa nak ulang benda yang sama
bila berkhayal rasa nak tidur sepanjang masa
tapi bila melukis dan mewarna,rasa puas
masa sekolah selalu mewarna kat buku kartun
sebab nak melukis tak cantik,tak kemas
nak lukis orang jadi raksasa,kadang lidi sate
bila nak warna lukisan mesti pilih LUNA
ingat bakat besar dalam mewarna,selalu join contest
cikgu wat contest kat kantin sekolah
semangat mewarna tertongeng-tongeng
mana tau dapat saguhati kalau ada LUCK
macam biasa bakat ala-ala kadar saja
bakat mewarna takat sedap mata memandang
dari sekolah pon memang sederhana
tidaklah menyilau atau malap kehadiran diri sendiri
sekarang hampir terlupa bakat tipu-tipu dalam diri
dua tiga hari duduk mencari pemangkin rajin
konon bila main games daun terup sel otak bersambung
terjumpa paint sebab suka crop gambar
sudah malas mahu guna sebarang medium edit foto
tercetus idea mahu melukis dengan jimat
tak payah beli buku lukisan dengan warna
boleh buat lukisan banyak,walaupun cikgu tengok bagi C-
nak bercakap malas,nak menulis merapu,jadi melukis
warna boleh girangkan hati,melukis boleh pupuk kesabaran
lukisan kat atas gambar tasik,inform awal takut sebarang kemusykilan..

No comments: