walaupon saya tak pernah kenal awak
saya harap awak senyum kepada saya setiap pagi
saya harap awak sentuh ubun-ubun saya setiap kali betulkan kesalahan saya
saya harap awak peluk saya setiap kali saya tidur
saya harap awak bimbing saya dalam hidup ni untuk dunia dan akhirat
saya harap saya menjadi kekasih awak selama2nya
saya harap awak jadi ketua keluarga dan ayah yang tegas dan penyayang
saya harap awak tidak melebihkan anak2 dari saya
dan saya harap awak sentiasa pimpin tangan saya bila kita hadapi masalah "
aku pejam mata hati bila bersemuka dengan sahabat2 lama tadi
aku doakan jodoh yang baik2 sama seperti aku
in shaa Allah
aku bersyukur punya sahabat dan di kelilingi orang yang sentiasa menyuburkan
hati dan minda aku
aku tahu itulah nikmat yang manis, yang Allah kurniakan
dalam tidak sedar aku kadang2 terlupa
impian aku ingin menjalankan kehidupan yang baik bersama insan tersayang
kerana dengan dipilih insan inilah
aku akan berbakti kepada keluarga dan cita-cita aku
semoga urusan kami dipermudahkan
sesungguhnya urusan dalam perhubungan juga minta dipermuhdakan selain
urusan walimatulurus
aku tak tahu siapa dia dan di mana dia
tetapi aku berharap tidak terulang hubungan sia-sia
walaupon banyak aku belajar dari pengalaman itu
semoga aku dan kawan2ku di luar sana dipermudahkan

