Thursday, July 11, 2013

tidak fleksibel lagi

memang tak sangkal sudah
aku hanya berdoa dia berubah
bijak betul berkata-kata
dan membodohkan orang
bila ada ular dalam hidup kita
kita akan dapati gerakan sentiasa tersekat
aku macam nak ketawa kuat-kuat
sebab aku dah masuk jerat ular
sebab aku dah bodoh
permainan apakah dia buat
kalau buat nampak baik
memang tak jadi baiklah
biarlah orang lain ikut cakap kau
bergembira dengan kau
atau orang lain nak ikut jejak langkah kau
aku memang tak fleksibel lagi dah

terima kasih wahai blog
kau dah setia 4 5 tahun ni

Monday, July 8, 2013

suara kesayangan

suara
inilah yang aku perlukan
ketika dan masa semangat aku dah merudum
suara orang kesayangan
tak sabar nak balik rumah
mak ayah ialah suara tak terhingga
walaupon dorang yang marah maki membebel
tetapi doa yang sentiasa ada buat adik beradik
buat aku terus tersenyum dan kuat melawan rintangan
patutlah sahabat-sahabat jadi hilang arah
apabila satu-satu penjaga mereka sudah kembali
dengan siapa lagi mereka akan telefon
dulu kecik-kecik tak paham nak wat salah
nak lupa apa yang mak ayah tak suka
sekarang tahu betapa risau hati mereka
bila anak wat salah tak tahu nak belajar lagi
please both of you keep smiling for me :)
really miss them

Thursday, July 4, 2013

peluang

bila bukak facebook
ramai kawan upload gambar construction
hati rasa sayu
macam mana aku tak rebut hati lelaki
macam tu la aku tak rebut peluang kerja
segala macam bentuk aktiviti
aku takkan berebut atau mengambil peluang
mungkin aku pasif atau malas?
aku pilih apa dan ambil apa
ikut je apa yang aku suka masa tu
bila tak buat betul-betul rasa menyesal
dah tua macam ini kena mula balik atau rajin sikit?
terima kasih tuhan masih lagi beri peluang yang sentiasa baik

Monday, July 1, 2013

letih permainan dunia

kalau exam je mesti masalah datang
kadang-kadang aku rasa elok aku kawan dengan orang tak kenal
melayan perasaan aku dengan yang tak pernah kenal aku
sekali lagi bila jadi seorang perempuan tak bernilai
kau akan sentiasa dimain-mainkan
kalau dulu kau dilayan perempuan takda harga
tapi sekarang kau dilayan macam ikan di pasar
betapa susahnya aku nak kecapi sedikit kebahagiaan
sesuka hati orang nak lingkupkan no way I have my own value.
aku tak pernah mencarut dan memaki hamun orang
even aku membesar dan dilayan sebegitu
aku cuba sabar.
sebab aku tahu kalau aku dah tak boleh berfikir dengan baik
orang lain akan terkejut sebab dorang tak lahir dari keluarga kasar.
semua orang dilahirkan untuk berkasih sayang
tapi aku masih rasa aku berpura-pura penyayang
hakikatnya 2 3 jam aku boleh take care nak mampos kat orang tu
selebihnya aku buat hal sendiri.
baru  2 3hari ini aku selesa dengan diri sendiri
pergi jalan-jalan tempat orang tersenyum sendiri
hari ni bertimbun-timbun benda tak patut aku pikir aku pikir
tak sabar nak harungi 700 km lebih balik ke rumah
aku tahu dengan cara membuat pecutan laju mampu pudarkan semula
terima kasih sangat-sangat
kadang-kadang kita kena terima nasihat orang sebab kita sudah biasa terlalu bagus
sampaikan kita rasa hati kita terbuka padahal kita menafikan kebenaran
rugi sangat rugi dan kadang-kadang orang yang mintak kau pendapat nak tumbuk kau sampai kau pengsan.
berdiri la dengan niat yang betul.
kalau tak jangan menyusahkan orang lain.


Friday, June 28, 2013

kenapa aku tak lahir awal lagi

pertama kali nampak hari pertama ketika nak mulakan sem
jantung berdegup pantas memandang anak mata
sungguh selalu aku hanya membayangkan orang yang kacak
tetapi karismanya membuatkan jiwa perempuan aku berdebar
bila aku terfikir lagi selalu aku bertanya kenapa aku tak lahir awal lagi?
mungkin aku takdapat tanding permaisuri hatinya sebab tu aku tak lahir awal
mata aku cepat menangkap gerak geri dari rambut hingga kasutnya
sempurna tapi dah dimiliki percaya la aku tak pandangnya dengan mata
tetapi dengan  hati
sekali aku tersedar orang kacak hanya mimpi orang hebat susah dimiliki
jika ada sekalipon apa yang aku mahu beritahu..
salah aku terlampau suka dan layan nikmat dunia
jadi aku akan meneruskan lagi hidup tanpa henti dan putus asa
kerana aku tahu kebahagian bukan hanya pada ikatan



Wednesday, June 19, 2013

menolak

aku sudah menolak seseorang dalam hidup aku
dan aku percaya suatu hari aku akan ditolak juga
tapi kenapa kita nak paksa hati kita kalau kita tak nak
aku bukan nak jadi perempuan yang memilih
tapi aku malas nak hadap masalah2 yg makin banyak
biarlah aku yang menjadi perempuan kejam itu sekali lagi

Tuesday, May 28, 2013

jelik

inilah hari di mana hari duduk membuang fikiran
diharapkan tuhan masih memberi kesabaran aku
mengenali manusia dan kemudian manusia menjelikkan
membuat aku ingin hidup dalam kotak sendiri
tak dinafikan perangai aku yang juga jelik dan pelik
malas lagi nak ambil peduli, rasa nak buat hal sendiri