Monday, December 9, 2013

hanya kerana

semuanya ditarik
kalau tuhan nak ambik
sesaat pon dia ambik
Allah Maha Besar
hanya kerana sekeping hati
aku telah merosakkan keseluruhan hati
hanya kerana sebuah senyuman
aku telah mengorbankan seluruh hidup
itulah penantian 3 dan 4 hari yang dicari
sebuah cerita yang meredamkan impian
takut nak teruskan hidup
hanya hadapinya dengan penuh tanggungjawab.

u done!

bila kena paksa
bila terkongkong
nak fikir perasaan orang
nak layan perasaan sendiri
dah mula rasa hidup ini kurang nilainya
mencari bertingkat tingkat masalah
malas nak melayan seperti rasa nak pengsan.

syabas sangat.aku bukan budak 12 tahun.

Friday, December 6, 2013

berkurung

hamparan pasir di pantai itu sangat cantik
ombak yang menderu-deru bersama angin yang bertiup
menarik perasaaan aku ke situ
mulai hari ini aku hidup dalam kurungan yang akan aku buat.

Thursday, September 26, 2013

awak

saya suka jawapan awak
kalau awak suka saya
berusahalah untuk itu
saya akan menerima awak
jika awak jodoh saya
saya suka cara awak mendekati saya
saya suka awak
tapi saya harus simpan perasaan itu
kerana Allah lebih tahu 
saya hanya mampu melihat awak secara senyap
sungguh tak sangka kita pernah hidup udara yang sama.
saya aka bertahan kali ini
hanya untuk melihat awak.

Tuesday, September 24, 2013

...

hanya kerana mengambil berat
hanya kerana tentang kamu
sedikit demi sedikit aku jauh dari mereka
mata mereka sudah cukup memberitahu
terima kasih
aku tahu dari awal aku tidak disenangi
biarlah aku telan semua ini
semua dari kesilapan aku sendiri
cuma aku mampu bangun untuk perjuangkan harapan mak ayah aku
meniti hari yang sekali lagi memberi aku sejuta duri di hati.

Sunday, September 22, 2013

letih lagi

biarlah apa yang difikirkan
rasa akan sesuatu jika dikongsi
terkubur apabila dibiar
hubungan ialah komitmen
jika mahukan grab it omputih cakap
jika tidak let it go
nampak tak semua hubungan ialah kepentingan diri sendiri
selebihnya jodoh dan takdir.
pernah tak rasa terbeban dengan perasaan sendiri?damn

Tuesday, September 10, 2013

:(

sakit jantung lagi macam nak pecah
aku kalau dah angau macam orang bodoh kan
aku tak nak memiliki sesiapa pon
sebab akhirnya aku akan sendiri jua
bestnya jadi orang lain
kebahagiaan akan jadi kenyataan
untuk aku kebahagian adalah angan-angan.