Sunday, February 6, 2011

sesaknya jalan

disebabkan aku tidak pernah keluar masa cuti umum atau perayaan
makanya aku tidak pernah merasai kesesakan jalan terlampau
semalam ialah kali kedua dan hebat pernah aku rasa dalam hidup
pertama kali masa balik cuti raya raya puasa balik matrik dekat gopeng
dari taiping lagi jalan sesak,bukan jalan raya tapi lebuh raya
boleh bas berhenti-henti macam ada lampu isyarat,padahal jalan lurus tanpa tol
kali kedua semalam,nasib aku sudah pandai layan mengantuk
mana tidaknya nanti datang mood tak elok atau mabuk bas nanti satu hal pulak
aku sedar sikit-sikit sebab bas mati dekat lampu isyarat kat fly over
semput aku sebab takut bas berundur langgar kereta belakang
pemandu masuk bandar kuala kangsar dan ipoh untuk elak kesesakan di lebuh raya
selepas itu aku sambung tidur lagi,dan tersedar bila dia brek berkali-kali
memang trafik sesak sangat,sampai buka laluan kontra,laluan arah bertentangan dibuka
pemandu bas agak tidak berhati-hati,dia bersembang dengan kawan sebelah
tapi dia tak fokus depan,bila sudah dekat dengan kenderaan hadapan baru nak brek
aku jadi gelabah rasa macam nak jaga brek jugak,macam cikgu sekolah memandu
dia siap marah asal laluan kanan ni perlahan,tengoklah jalankan sesak
celah mana yang kosong nak pergi laju-laju,semuanya salah pemandu bas ni
dia pun tukar lorong sebab rasa macam laluan kiri bergerak 10km/j lebih gamaknya
sekarang kami satu bas berada di belakang dua buah lori minyak shell
kepala otak aku kalau tak fikir negatif,itu bukan akulah walaupun sebesar zarah negatifnya
macam manalah kalau dia buat brek terkejut seperti dia ikut belakang kereta tadi
aku pun bisik lagi dalam hati,kalau jadi apa2 malam ni dekat bas aku nak tampar orang yang bertanggungjawab sebab cuai..
teruk betul idea aku masa tu,alhamdullilah tiada kejadian tidak diingini selain sampai lewat sejam..
bas berhenti betul-betul kat simpang jalan masuk,tak seperti selalu dekat bus stop
jalan dekat 500m..aiyak 6pagi
aku memang tidak dapat tahan dengan kesesakan,tapi lagi tidak boleh bertahan dengan pemandua cincai mincai..huhuhu
ingatlah orang tersayang!

No comments: