adik datang pada masa aku bersedih
adik datang tanpa simpati
banyak kenangan banyak memori
telatahnya mengembirakan, kehilangannya dicari
dia ambil berat dia buat apa sahaja untuk aku
sama ada disuruh atau dengan kerelaannya
dia akan call kalau aku lambat reply mesej, dia akan call kalau dia malas mesej
dia jalan kaki malam-malam dari kolej pewira ke melewar
dialah call aku lagi banyak dari kakak dan ayah ketika aku di jogja
dialah yang tunggu aku di lapangan terbang pada hari kepulangan aku
ada tawa ada tangis, kadang-kadang geram jugak kat dia
kalau tanya soalan dijawab soalan
bila dapat je soalan tengah pikir nak cool ke cemana..hahaha
adik bertuah sebab dia mempunyai hubungan saudara yang kuat
mengenali dia buat aku rasa keluarga besar mak dan ayah dia sangat kuat
walaupon ayah dia dijemput lebih awal, tuhan beri kawan dan saudara yang baik kepada dia
jika dibandingkan dengan aku, punyai ayah yang bertanggungjawab tetapi tak paham aku
aku tak punyai saudara dan keluarga besar yang baik
aku mempunyai impian untuk ada keluarga bahagia biarpun sejarah hidup aku tunggang langgang
adik takde masalah nak tengok wayang, aku seronok bila adik ada
rasa macam ada gula-gula yang buat hidup aku berwarna-warni
walaupon aku takboleh nak bagi kelesaan penuh untuk dia masa tinggal kat rumah asrama aku sebab aku pon berkongsi bilik
sampai akhir semester semuanya akan berakhir
bila jauh mestilah rindu, tapi apa aku boleh buat, cuma kenangan jadi teman
semoga ada banyak lagi kesempatan walaupon masing-masing sibuk dan jauh nanti
semoga adik mencapai impian dan berjaya di dunia dan akhirat
hoiiii rindu 200juta%.

No comments:
Post a Comment