Tuesday, March 29, 2011

terkunci atau mengunci?


hari ini kelas biasa2 ja
walaupun sampai pukul6
padahal tidur sudah cukup di top up
tapi jin tetap di mata di 2jam kelas terakhir
mengelabah nak balik sampai tak fokus
siap boleh list lagu apa nak karaoke
lepas tu simpan dalam note
bukan final exam dah dekat?
note yang mana sebenarnya perlu aku buat?
malamnya semua ketujuh rumet tiada di bilik
aku bangun dari tidur yang panjang
niat nak basuh baju,jadi mesti kunci pintu
mana tau aku bertanggungjawab kalau apa2 jadi
aku mencapai kunci bilik letak dalam poket
sudah selesai urusan aku dengan baju
aku pulang dengan baldi kosong,hati riang
seluk poket cari kunci,hampeh ada kicen je..
owh rupanya aku salah ambil,jadi aku terkunci?
atau dari tadi aku mengunci diri aku dari luar?
nasib baik jiran tetangga ada di bilik,aku menumpang
dalam 3jam lamanya,aku pon jatuh cinta dengan cerita secret garden
untung jugak,dulu aku tak boleh terima hyun bin bermuka cengkung
tak hensem sayang!lelaki tak smart cengkung sangat
tetapi mengenangkan aku terpaksa menghabiskan masa dalam bilik orang
aku gagahkan diri menonton dirimu hyun bin..hehehe


Saturday, March 26, 2011

puas

memang takda kerja aku
terjaga terus tengok laptop
jenguk mana tau ada benda best
tiba-tiba ada orang add dekat oovoo
sejenis tempat berborak sambil taip
seperti yahoo mesengger dan skypes
aku view profiles sebelum terima
kalau kenal boleh tambah koleksi
kalau tak kenal mungkin boleh kenal
tapi beleklah dulu siapa orang yang add
ok nama pun pelik macam orang asia timur
aku pun tetap percaya budak2 ump ke
bila dia hai aku hai la kan
bila dia taip english dan bagitahu nama
asal dari pakistan aku terus arrggghh
serik beberapa kali dan hampir setiap kali
mereka ialah ada agenda tersendiri
senang aku cakap tak bermoral
entahlah sunyi atau itu memang dorang
ajak webcam,memanglah aku tak layan
tahu2 sendirilah apa seterusnya
memang cadangan nak block
tetapi biar aku mainkan dia pulak
aku taip bahasa ibunda kita
biar dia baca dengan kusyuk apa yang taip
bahasa standard selalu dengan dorang memang english
tapi aku kalih sikit kali ni
dengan short form dan bahasa melayu
mau meroyan dia baca
asyik keluarkan telinga kera tanda soal
nah last sekali mesti aku block dan delete
puas hati aku!

Monday, March 7, 2011

muka kosong


hilang idea,muka kosong
hari ini saja hati aku tak rasa apa2
serius aku tak berperasaan apa2
walaupun sepatutnya aku sedih
dan aku harus menangis
bertubi2 benda yang aku patut tahu
aku tak tahu langsung
hari ini saja banyak benda jatuh atas bahu aku
banyak kenyataan yang sangat sedih
dan yang paling teruk tahu dari orang lain
aku sepatutnya budak yang paling lemah
akan duduk sorang2 dan menangis
tapi aku berjalan hidup hari ini
mungkin perasaan aku ditarik oleh selera makan
sungguh aku tak rasa aku patut hidup hari ini
mujurlah tuhan masih memberi pinjam lagi nyawa
untuk aku terus mengingati dan menjalankan tugas sebagai hambaNya
dia juga kirimkan satu per satu orang aku tak kenal
supaya aku tak melabuhkan perasaan sedih aku
dia berikan hari baik untuk aku nikmati petang tadi
mungkin kalau aku tahu,aku tetap tak boleh ubah apa2
tangan aku bukan magis
sampai saat ni,aku perlu berfikir
bilakah semua mutiara di kelopak mata aku akan gugur?
muka masih kosong

Saturday, March 5, 2011

lega


semalam rindu nak cakap dengan adik
adik pulak takda kat rumah,enset pun xbawak
tunggu dia miskol baru nak telefon
lepak2 punya lama tunggu, kakak yang telefon
cuak dengar sebab kakak cakap ada orang meninggal
sebab telefon rumah dan semua orang yang berkaitan
keputusannya tidak memberangsangkan,tidak dapat dihubungi
aku terus tunggu sampai ada orang nak telefon
kalau aku telefon,orang tak angkat boleh gila aku
mau boleh aku pergi beli tiket bas balik kedah
pukul 11malam akhirnya aku telefon jugak
rupanya semua orang baik2 saja
aku sorang saja yang tak baik kat sini
mula2 rasa nak marah dan benci jugak
tapi bila dengar mereka gembira,aku pon slow down jugak
bodoh!takkan orang gembira aku nak emosi kat situ
biarlah keluarga aku tak tahu yang aku risau nak mampos pon
tapi apa yang lebih melegakan,aku seronok dengar tentang ayah
walaupun ayah merajuk dan jarang bercakap dengan aku
ayah dah mula nak bercampur dengan abang
mesti mak orang yang lebih gembira,semalam pun mimpi baik
mimpi aku dapat tolong abang,tak banyak pon sikit
semalam memang semua orang gembira
itulah perasaan yang tenang sekali sebab aku tak serabut
bila semua orang boleh gembira,maknanya apa?
maknanya hidup ni lebih positif,dah ada superman jaga keamanan!hua3x

Sunday, February 6, 2011

sesaknya jalan

disebabkan aku tidak pernah keluar masa cuti umum atau perayaan
makanya aku tidak pernah merasai kesesakan jalan terlampau
semalam ialah kali kedua dan hebat pernah aku rasa dalam hidup
pertama kali masa balik cuti raya raya puasa balik matrik dekat gopeng
dari taiping lagi jalan sesak,bukan jalan raya tapi lebuh raya
boleh bas berhenti-henti macam ada lampu isyarat,padahal jalan lurus tanpa tol
kali kedua semalam,nasib aku sudah pandai layan mengantuk
mana tidaknya nanti datang mood tak elok atau mabuk bas nanti satu hal pulak
aku sedar sikit-sikit sebab bas mati dekat lampu isyarat kat fly over
semput aku sebab takut bas berundur langgar kereta belakang
pemandu masuk bandar kuala kangsar dan ipoh untuk elak kesesakan di lebuh raya
selepas itu aku sambung tidur lagi,dan tersedar bila dia brek berkali-kali
memang trafik sesak sangat,sampai buka laluan kontra,laluan arah bertentangan dibuka
pemandu bas agak tidak berhati-hati,dia bersembang dengan kawan sebelah
tapi dia tak fokus depan,bila sudah dekat dengan kenderaan hadapan baru nak brek
aku jadi gelabah rasa macam nak jaga brek jugak,macam cikgu sekolah memandu
dia siap marah asal laluan kanan ni perlahan,tengoklah jalankan sesak
celah mana yang kosong nak pergi laju-laju,semuanya salah pemandu bas ni
dia pun tukar lorong sebab rasa macam laluan kiri bergerak 10km/j lebih gamaknya
sekarang kami satu bas berada di belakang dua buah lori minyak shell
kepala otak aku kalau tak fikir negatif,itu bukan akulah walaupun sebesar zarah negatifnya
macam manalah kalau dia buat brek terkejut seperti dia ikut belakang kereta tadi
aku pun bisik lagi dalam hati,kalau jadi apa2 malam ni dekat bas aku nak tampar orang yang bertanggungjawab sebab cuai..
teruk betul idea aku masa tu,alhamdullilah tiada kejadian tidak diingini selain sampai lewat sejam..
bas berhenti betul-betul kat simpang jalan masuk,tak seperti selalu dekat bus stop
jalan dekat 500m..aiyak 6pagi
aku memang tidak dapat tahan dengan kesesakan,tapi lagi tidak boleh bertahan dengan pemandua cincai mincai..huhuhu
ingatlah orang tersayang!

Thursday, January 13, 2011

sudah dewasa


bila naik tahun 2011 ni
aku rasa biasa2 saja
azam pun pakai azam lama
azam baru ada satu dua saja
tapi semalam 12januari
bila ada taklimat latihan industri
baru aku tahu aku sudah dewasa
baru aku tahu aku bukan budak2 sekolah lagi
dan aku sudah hampir habis di universiti
aku cuma tinggal kurang dua tahun di sini
tapi perangai tidak boleh ubah sangat
banyak aku berdiam dan mendiamkan
alih2 petang aku rasa aku tak boleh berpatah balik
untuk betulkan aku rasa janggal
dulu aku lebih suka berpura2 dan lari2
sebab aku rasa aku boleh rahsiakan
bila pentingkan diri dalam pelbagai aspek
bila tak hiraukan perasaan orang lain
sebab nak jaga ego diri sendiri
banyak aku terlepas pandang
aku berjanji dengan diri sendiri
aku akan cuba menjaga peluang kedua dan ketiga jika ada
terima kasih kerana semua yang berlalu dalam hidup aku
adalah pengajaran yang penuh warna

"di balik seseorang ada seseorang..andai seseorang tiada di balik seseorang itu..arah yang ditujui tiada hati"

Saturday, January 8, 2011

sky of love

disebabkan bosan dan tiada apa nak buat
aku korek2 cerita dari kawan2
dapat cerita sky of love tahun 2008
8januari2011 pukul 1pagi aku tengok
mula2 aku gelak cinta budak sekolah
pastu aku rasa tak menarik
sebab budak perempuan ni macam lurus
pastu aku sedih menangis macam aku pulak berlakon
cerita ni betul2 wat aku hiba selepas autumn in my heart dan stairway to heaven
lain2 cerita setakat kelopak air mata
cerita ni siap wat aku teresak2 dan ambil tisu serta demam selsema


sinopsis:hiro dan mika bahagia sebagai sepasang kekasih walaupun di bangku sekolah sehinggalah hiro memutuskan hubungan kerana ingin menyembunyikan kanser yang dihidapinya dari mika kerana enggan melihat mika yang dicintai menangis.mika mengetahui dan mengambil keputusan untuk menjaga hiro.dari detik mereka menjadi kekasih sehingga saat hiro menghembus nafas terakhir,cinta hiro sangat mendalam pada mika.