Sunday, June 12, 2011

hati tersentuh

selepas isyak aku berbaring di katil emak
kedengaran suara ayah mengaji al-quran
sayu hati aku dengar ayat-ayat suci itu
dan hati ini tiba-tiba terdetik sesuatu
kalaulah suami aku mengaji nanti
hati aku akan lebih tenang dari tadi
bersama orang yang menyayangi aku
yang ditakdirkan satu untuk aku
pasti hari itu ku tunggu dalam hidup aku

hati tersentuh..

Wednesday, June 1, 2011

latihan industri dan kehidupan

pertama-tama sekali aku ingin mengungkapkan aku sedang tenang
aku berasa senang bila dekat dengan keluarga,bila dapat berdikari
biarpun aku hanya menjalani latihan industri untuk tempoh yang singkat
mungkin ini yang aku perlukan dalam hidup,orang tersayang
alangkah indah kalau orang terakhir aku perlukan hadir.. seorang suami
nampak tak?nampak tak bila aku sudah matang aku miang sikit?
inilah akibatnya apabila bekerja dengan orang sudah berumah tangga
akak2 dekat pejabat,yang desktop dorang berdisplaykan gambar family
mata aku ni,sibuk nak tengok suami dan anak2 dorang..kahkahkah


tapi senyum dalam hati,perjalanan aku masih jauh..sejauh mana akan ku tempuh
memikirkan rancangan meningkatkan prestasi diri sendiri 3 4 tahun..aku relax
pasal latihan industri semua macam berjalan dengan lancar dan licin
alhamdulillah..Allah masih memudahkan urusan kehidupan aku
aku tenang biarpun sendirian..memang aku ada keluarga aku yang membantu
tapi pokok pangkalnya semua terletak kat tangan aku sendiri
bekerja di pejabat kontraktor bukan satu kerja yang mudah
plus kita ni budak baru,jadi perangai kena mengalah habis..kena ringan tulang
lawatan tapak projek membuatkan aku akan jadi minah indon dan pakistan juga
nak umpamakan macam bangladesh,tapi tak sampai hati..takut diri sendiri kecik hati
minyak kereta memang steady untuk seminggu rm50..
sebab kerja aku hanya melawat-lawat tapak..dan mengikut penyelia ke mana2
di mana aku kena bergerak tiada had..jadual aku boleh bertukar2
jadi kalau tengok baju bergantungan dalam kereta,aku bukan pergi meniaga eh
aku perlu bersedia untuk pergi ke mana sahaja
nak dijadikan cerita minggu lepas,penyelia bantai bawak aku pergi tapak

penyelia:petang ni jom turun lelasari(tapak projek)..
aku:eh,pakai baju kurung..takkan nak turun?
penyelia:bukan kena panjat apa2 pun
aku:ye ke?

sampai di tapak projek
penyelia aku memang lepak ja..aku pon lepak jugak
aku tak kisah nak ganas2 dengan baju kurung
yang jadi cerita arkiteklah weh

arkitek:u ade green card?
aku:ada(angguk)
arkitek:ha ada green card..tapi masuk site pakai baju kurung dengan selipar..kang tersangkut kain..terpijak paku macam mana?
aku:senyum

salah aku ke salah penyelia?arkitek tak tahu cerita..malas aku nak tegangkan benang yang banjir
jadi kalau penyelia nak heret aku pergi site..tadaaaaa aku sudah ada baju kat dalam kereta
semalam pergi site lagi,tapi bangunan baru naik setingkat..dan staircase tak buat lagi
pekerja semua panjat pakai ladder..yup aku sekali sebagai pelatih kena panjat ladder
aku serba maklum yang diri sendiri gayat tahap icu..tak dapat ditolong..nenoneno(panggil ambulans)
aku diam bila disuruh naik..dalam otak ligat berfikir
ini bidang yang aku pilih..nak ke tak nak ke bukan ada orang akan dukung aku ke atas kot?
tapi bila naik macam mana nak turun?kalau jatuh aku tak kisah pun
tapi kalau alami kepatahan macam mana aku nak masuk polis?
aku telan air liur naik jugak..sampai setengah ladder aku nak muntah kepala tak stabil
tragedi panjat menara kawalan bomba berulang kembali
aku cakap kat penyelia..aku tak boleh teruskan lagi..penyelia aku tak marah
dia dengan selamba..'meh panjat sikit lagi..sekurang2nya nampak besi..nampak link..cara dia ikat'
fuyoooooooohhhh..aku respek kau penyelia..kalau lelaki lain ni mulut cam hampeh dah
mesti aku dah kena perli atau bebel sampai sesak jalan kampung ni



muka tenat budak gayat(upload gamba kecik malu tengok muka sendiri)

haaa..benda ni yang aku nak cerita ni..staff dan pekerja syarikat ni sangat best
selain peramah..mereka jugak pelawak yang memuaskan..kerja yang cekap
aku sangat selesa..biarpun aku manja dan kadang2 lembap bertindak
bukan layanan seperti puteri aku dambakan..cukuplah hormat dan sopan
aku bukan takut dengan kritikan atau kata2 kasar..
tapi aku tidak mahu diri sendiri diasuh dengan cara yang mirip ditaktor

pendedahan dengan kehidupan sebenar menuntut aku berfikir
aku bukan dengan kawan sebaya..bukan dengan kawan2 satu kepala lagi
dari aku kecik sampai aku besar..aku hanya mengikut arus
fulamak..aina pun cakap aku dah berubah aku dah matang
aku takut dengan diri sendiri..
walhal aku masih menyertai adik 11tahun dan anak2 sedara 4-9tahun bermain2
alah aku sebenarnya berjiwa penyayang sebab tu dikelilingi budak2..kekeke(masuk bakul lompat-lompat)










Saturday, May 7, 2011

serbu-serbuan

panjang cerita hujung minggu ku ini
tapi aku just layan ja apa yang jadi
cuma sedikit kusut kalau melibatkan ayah aku
tapi secara keseluruhannya memang terkawal
dua tiga hari ini memang terserempak dengan polis je
memang sudah takdir dan jodoh nak jadi polis
dan banyak jugak dengar benda tak sedap pasal polis
ok aku akan selamatkan imej polis..gedik!haha
tapi kalau tengok memang semua kerja ada negatif masing2
cuma tinggal polis ni dia rasa ada kuasa besar sikit
boleh saman boleh saiko orang boleh tekan orang
tu yang dorang macam semengah gila tu
padahal yang banyak buat camtu kategori bawahan je
kira macam melawan bos la kot
macam polis peronda semalam kes tak bukak lampu je
sebab perempuan kau berani la nak cakap nada keras
"nampak ke bawak keta pakai lampu jalan je?"
memang kena perli habes,tapi aku dah gelak dalam hati macam nak tersembur
dia selalu tengok rajalawak ke?pandai jugak buat lawak
tapi suara tak nak garang lagi?muka pun serius..ehehehe
kot nampak maco atau nampak menakutkan..euuwww tatot2
aku cuma pikir kau tengah tensen so telan je
"nampak je encik"
aku memang suka menjawab dengan polis,sebab tak nak dia terus saiko
dalam hati menjawab,woi jalan lagi gelap pon aku nampak
korang tak nampak jalan sebelum sampai ump tu gelap gelita
ada kau kisah?aku pun tak kisah ke kisah ke tak..hahaha
yelah kalau kau tak nak jaga keamanan malam2
tukar syif kerja dengan kawan kau,aku tahu kau gaduh dengan makwe
sebab malam tu kau dan makwe tak boleh keluar together2 gi karok kan?
ok sebut pasal karok,asal geng kau pergi serbu-serbuan k-apple
tak dapat nak habiskan tujuh lagu lagi tau malam ni
hurm nasib geng kau tak telefon rumah aku
atau suruh ayah aku kutip aku kat lokap
aku remaja biasa yang perlukan hiburan tak payah kau tahan aku
memang aku cam cuak tapi selagi jantung aku tak berdebar..keadaan terkawal
entahlah aku tak tahu apa motif tempat karaoke keluarga diserbu?
mungkin ada bisnes lain di sebaliknya dan aku tak tahu..
hidup aku biasa2 ja aku malas nak fikir benda rumit
benda akan simple kalau semua orang boleh buat simple
benda tu akan jadi sangat kompleks kalau berfikir secara kompleks
ikut kesesuaian dan asas..percaya pada diri sendiri
walaupun memang terasa lemah macam otomen habis bateri
kalau boleh redah,redah je..cuma balik pada batas dan agama
cari benda logik,sederhana dan biasa2..percayalah siapa yang nak benda susah kan?
kerja,tugas dan soal peribadi jangan campur..pemahaman juga begitu
polis2 aku nak join korang merasa pakai uniform dan jalankan kewajipan
kalau korang malas aku nak rekemenkan askar pulak jaga negara
biar dia bawak m16 wat serbuan baru macam superb sket!
bagi contoh memang tak nak kalah babes kan?
grrrrrrrr..


Wednesday, May 4, 2011

dah tak betol

weh lama gila tak balik rumah
sejak selepas cuti raya cina lagi
aku selalu cenggitu kan
tak pandai nak rebut peluang balik rumah
kalau nak dikira dengan jari
tak cukup jari aku aku nak hitung
sebab lebih dari 120 hari aku tak balik
empat bulan lama tu
kalau suami tak balik rumah pun boleh tuntut cerai,muahaha
aku sudah merepek
sekarang macam biasalah perangai aku
duduk dan duduk tunggu masa habis
paper rumet2 habis esok
paper aku ada lagi lapan hari
bayangkan penantian suatu penyeksaan?
patut study?tak payah sebab takda mood
inilah akibatnya jika aku tak dapat balik rumah
jiwa tak tenteram fikiran terganggu
semangat terbang entah ke mana,ececeh
aku kadang2 kalau jadi macam ni
suka merapu dan tak boleh fokus
lagi elok dari aku menangis mengenagkan nasib,hahaha
banyak benda kurang logik akal akan terjadi
contoh duduk kat bus stop tunggu kereta yang disasarkan lalu
overnight sampai siang,padahal katil kat bilik lagi empuk
sanggup berhentikan kereta kat mana2 sebab nak tidur
bayak lagilah perkara sengaja yang akan aku buat
yang tak sengaja pun banyak jugak
seperti penggunaan tatabahasa yang dituturkan tunggang terbalik
takda contoh sebab otak tengah pending
menulis sebab terlalu bosan dan tak bersedia nak study untuk exam seterusnya
perkara tak sengaja lain ialah tak boleh bezakan kereta auto dengan manual
siang tadi aku diamanahkan kawan untuk hantar dia ke terminal
perjalanan balik aku singgah kat warung nak beli kuih
dalam proses kereta nak berhenti,aku dah perlahankan kereta
boleh tak?aku cuba nak free kan gear padahal aku bawak kereta auto
then fikirlah apa jadi,kereta auto bukan sembarangan ok
masa aku free kan gear tu rupanya aku sudah ubah ke menu parking
kereta tu berhenti macam orang brek mengejut,aku rasa kereta dah turun 30 km/j je
ok aku buat2 tak tahu je,dan turun dari kereta menuju ke warung
ingat ke mak cik warung tu tak nampak,tahu apa dia cakap
'waa brek maut anak ni' kekeke
aku gelak sederhana je dalam hati sebab malas
tapi bila sampai bilik,aku pun terfikir lawaknye apa yang mak cik tu cakap
rugi aku tak gelak sungguh2 tadi,hikshikshiks
sebelum ni aku dengar brek terkejut dan brek2 lain..
ok nampak tak aku dah gelong?selamat malam

Saturday, April 23, 2011

sedih tiada tahap

sedih gila bila kehilangan
sedih sampai rasa dunia sudah gelap
derita aku rasa bila dia tiada
setiap hari aku ada dia
setiap ketika dan masa aku pandang
hari ini dia hilang dari hidup aku
hati aku bagai dikecam
luluh perasaan dan jiwa bila terkenang
selera tak menentu,perut tak sedap
rasa nak demam bila memikirkannya
bilalah aku akan mendapatkan dia kembali
jiwa aku kosong dan tidak berpijak di bumi yang nyata
hari-hari aku tiada seri lagi selepas ini
aku begitu sayangkan dia
aku tak dapat terima yang aku sudah kehilangan dia
wahai rambut perang,aku amat merindui dirimu
kerana diriku begitu berharga
aku macam orang sakit dengan rambut hitam ini

Tuesday, March 29, 2011

terkunci atau mengunci?


hari ini kelas biasa2 ja
walaupun sampai pukul6
padahal tidur sudah cukup di top up
tapi jin tetap di mata di 2jam kelas terakhir
mengelabah nak balik sampai tak fokus
siap boleh list lagu apa nak karaoke
lepas tu simpan dalam note
bukan final exam dah dekat?
note yang mana sebenarnya perlu aku buat?
malamnya semua ketujuh rumet tiada di bilik
aku bangun dari tidur yang panjang
niat nak basuh baju,jadi mesti kunci pintu
mana tau aku bertanggungjawab kalau apa2 jadi
aku mencapai kunci bilik letak dalam poket
sudah selesai urusan aku dengan baju
aku pulang dengan baldi kosong,hati riang
seluk poket cari kunci,hampeh ada kicen je..
owh rupanya aku salah ambil,jadi aku terkunci?
atau dari tadi aku mengunci diri aku dari luar?
nasib baik jiran tetangga ada di bilik,aku menumpang
dalam 3jam lamanya,aku pon jatuh cinta dengan cerita secret garden
untung jugak,dulu aku tak boleh terima hyun bin bermuka cengkung
tak hensem sayang!lelaki tak smart cengkung sangat
tetapi mengenangkan aku terpaksa menghabiskan masa dalam bilik orang
aku gagahkan diri menonton dirimu hyun bin..hehehe


Saturday, March 26, 2011

puas

memang takda kerja aku
terjaga terus tengok laptop
jenguk mana tau ada benda best
tiba-tiba ada orang add dekat oovoo
sejenis tempat berborak sambil taip
seperti yahoo mesengger dan skypes
aku view profiles sebelum terima
kalau kenal boleh tambah koleksi
kalau tak kenal mungkin boleh kenal
tapi beleklah dulu siapa orang yang add
ok nama pun pelik macam orang asia timur
aku pun tetap percaya budak2 ump ke
bila dia hai aku hai la kan
bila dia taip english dan bagitahu nama
asal dari pakistan aku terus arrggghh
serik beberapa kali dan hampir setiap kali
mereka ialah ada agenda tersendiri
senang aku cakap tak bermoral
entahlah sunyi atau itu memang dorang
ajak webcam,memanglah aku tak layan
tahu2 sendirilah apa seterusnya
memang cadangan nak block
tetapi biar aku mainkan dia pulak
aku taip bahasa ibunda kita
biar dia baca dengan kusyuk apa yang taip
bahasa standard selalu dengan dorang memang english
tapi aku kalih sikit kali ni
dengan short form dan bahasa melayu
mau meroyan dia baca
asyik keluarkan telinga kera tanda soal
nah last sekali mesti aku block dan delete
puas hati aku!