Wednesday, June 1, 2011

latihan industri dan kehidupan

pertama-tama sekali aku ingin mengungkapkan aku sedang tenang
aku berasa senang bila dekat dengan keluarga,bila dapat berdikari
biarpun aku hanya menjalani latihan industri untuk tempoh yang singkat
mungkin ini yang aku perlukan dalam hidup,orang tersayang
alangkah indah kalau orang terakhir aku perlukan hadir.. seorang suami
nampak tak?nampak tak bila aku sudah matang aku miang sikit?
inilah akibatnya apabila bekerja dengan orang sudah berumah tangga
akak2 dekat pejabat,yang desktop dorang berdisplaykan gambar family
mata aku ni,sibuk nak tengok suami dan anak2 dorang..kahkahkah


tapi senyum dalam hati,perjalanan aku masih jauh..sejauh mana akan ku tempuh
memikirkan rancangan meningkatkan prestasi diri sendiri 3 4 tahun..aku relax
pasal latihan industri semua macam berjalan dengan lancar dan licin
alhamdulillah..Allah masih memudahkan urusan kehidupan aku
aku tenang biarpun sendirian..memang aku ada keluarga aku yang membantu
tapi pokok pangkalnya semua terletak kat tangan aku sendiri
bekerja di pejabat kontraktor bukan satu kerja yang mudah
plus kita ni budak baru,jadi perangai kena mengalah habis..kena ringan tulang
lawatan tapak projek membuatkan aku akan jadi minah indon dan pakistan juga
nak umpamakan macam bangladesh,tapi tak sampai hati..takut diri sendiri kecik hati
minyak kereta memang steady untuk seminggu rm50..
sebab kerja aku hanya melawat-lawat tapak..dan mengikut penyelia ke mana2
di mana aku kena bergerak tiada had..jadual aku boleh bertukar2
jadi kalau tengok baju bergantungan dalam kereta,aku bukan pergi meniaga eh
aku perlu bersedia untuk pergi ke mana sahaja
nak dijadikan cerita minggu lepas,penyelia bantai bawak aku pergi tapak

penyelia:petang ni jom turun lelasari(tapak projek)..
aku:eh,pakai baju kurung..takkan nak turun?
penyelia:bukan kena panjat apa2 pun
aku:ye ke?

sampai di tapak projek
penyelia aku memang lepak ja..aku pon lepak jugak
aku tak kisah nak ganas2 dengan baju kurung
yang jadi cerita arkiteklah weh

arkitek:u ade green card?
aku:ada(angguk)
arkitek:ha ada green card..tapi masuk site pakai baju kurung dengan selipar..kang tersangkut kain..terpijak paku macam mana?
aku:senyum

salah aku ke salah penyelia?arkitek tak tahu cerita..malas aku nak tegangkan benang yang banjir
jadi kalau penyelia nak heret aku pergi site..tadaaaaa aku sudah ada baju kat dalam kereta
semalam pergi site lagi,tapi bangunan baru naik setingkat..dan staircase tak buat lagi
pekerja semua panjat pakai ladder..yup aku sekali sebagai pelatih kena panjat ladder
aku serba maklum yang diri sendiri gayat tahap icu..tak dapat ditolong..nenoneno(panggil ambulans)
aku diam bila disuruh naik..dalam otak ligat berfikir
ini bidang yang aku pilih..nak ke tak nak ke bukan ada orang akan dukung aku ke atas kot?
tapi bila naik macam mana nak turun?kalau jatuh aku tak kisah pun
tapi kalau alami kepatahan macam mana aku nak masuk polis?
aku telan air liur naik jugak..sampai setengah ladder aku nak muntah kepala tak stabil
tragedi panjat menara kawalan bomba berulang kembali
aku cakap kat penyelia..aku tak boleh teruskan lagi..penyelia aku tak marah
dia dengan selamba..'meh panjat sikit lagi..sekurang2nya nampak besi..nampak link..cara dia ikat'
fuyoooooooohhhh..aku respek kau penyelia..kalau lelaki lain ni mulut cam hampeh dah
mesti aku dah kena perli atau bebel sampai sesak jalan kampung ni



muka tenat budak gayat(upload gamba kecik malu tengok muka sendiri)

haaa..benda ni yang aku nak cerita ni..staff dan pekerja syarikat ni sangat best
selain peramah..mereka jugak pelawak yang memuaskan..kerja yang cekap
aku sangat selesa..biarpun aku manja dan kadang2 lembap bertindak
bukan layanan seperti puteri aku dambakan..cukuplah hormat dan sopan
aku bukan takut dengan kritikan atau kata2 kasar..
tapi aku tidak mahu diri sendiri diasuh dengan cara yang mirip ditaktor

pendedahan dengan kehidupan sebenar menuntut aku berfikir
aku bukan dengan kawan sebaya..bukan dengan kawan2 satu kepala lagi
dari aku kecik sampai aku besar..aku hanya mengikut arus
fulamak..aina pun cakap aku dah berubah aku dah matang
aku takut dengan diri sendiri..
walhal aku masih menyertai adik 11tahun dan anak2 sedara 4-9tahun bermain2
alah aku sebenarnya berjiwa penyayang sebab tu dikelilingi budak2..kekeke(masuk bakul lompat-lompat)










No comments: