Tuesday, June 14, 2011

indahnya pagi

indahnya pagi rabu ini
indah lagi kalau ada orang bagi ros
itu bunga kakak aku punya
aku cuma songlap untuk bergambar
bukan pagi lain tak indah
cuma minggu ni aku macam tak betul sikit
lepas kena tegur dengan bos aku jadi tak tentu arah
lupa aku nak tulis dalam resume bahawa aku berdarah gemuruh selain dari darah A
masuk yang ini,aku sudah disapa bos dua kali..ececeh DISAPA..macam teman tapi mesra pulak
pertama hal peribadi "awat kakak kamu cakap,kamu takut kat saya"
aku cuma senyum je depan staff lain kot tengah makan..nasib dah habis makan
kedua hal kerja "mana yang kamu nak present nanti,saya nak tengok"
makkkkkkkkkkk cek tak buat lagi
agak-agaklah bos baru sebulan menjalani latihan industri
buku log pon tunggang terbalik dilambung ombak kat site
wow memang mantap bos aku ini..pensyarah ump pon tak pernah wat aku terkejut sampai macam ni mintak assignment
waktu tu nak gugur jantung aku..darah bersirap sebab tak tahu nak jawab apa
aku dengan selamba menjawab semua progress dalam buku log,pasal present saya belum buat
disebabkan bos tiga hari aku tak sihat..makan semua ok..tapi lepas makan kan
dia macam ada simptom nak muntah..betul ke aku eja SIMPTOM
simptom pening kepala jugak lepas makan..malam rasa macam badan teruk sangat
tak sedap badan senang cerita sampai berpeluh-peluh takda sebab
benda ni tiga hari menghantui aku bila aku asyik memikirkan apa benda aku nak buat
sekarang nasib aku macam bom jangka kena bersedia 25jam sehari
jadi untuk mewarnai hidup aku yang macam mayat 2 3 hari ini aku kena aktif sikit
melupakan kejadian tersebut dan mencari idea nak setel semua kerja dan benda bos nak tengok

tinggal 2 bulan..

tapi sayang inilah hiburan dan pelangi hidup aku
hati aku tenang bila tengok orang wat kerja dekat site
hati aku terhibur bila aku sibuk dan makan tapau hari2
hati aku riang bila berjalan-jalan kat tapak projek
hati aku gembira bila memandu menuju tapak projek
suatu benda pelik aku rasa,bila aku betul rasa bermakna dapat masuk dalam bidang ni
memang aku malas nak belajar dan teruskan benda susah ni
tapi bila tengok orang lain bersusah payah nak dapatkan sesuap nasi
berpeluh bertimba nak kirim duit kepada keluarga di seberang
"panas dik berdiri kat sini" pilu hati aku kat buruh indonesia ni
yang dia berpanas tu macam mana?
mana nak dapat duit banyak ni nak bantu orang2 kat dunia ni
haishhhh dah merepek la ni
indahnya pagi ini indah lagi kalau bersama orang tersayang..
miaaauuu



No comments: