Wednesday, February 18, 2015

cakap orang


ada orang tanya aku 
asyik pergi kenduri kawan2 kenduri sendiri bila lagi?
dahtu dia jemput dan aku ada masa aku pergi lew
ada orang tanya
bila lagi nak kerja
kalau aku tahu semuanya bila aku takkan biarkan orang tanya soalan tu LOL
jawapan yang lebih ringkas sepatutnya ialah
semua orang taktahu bila nak mati macam tu aku taktahu nasib aku
cuma aku mintak dari bertanya soalan sensitif lebih baik aku kasih sayang
tapi macam mustahil ja kan orang nak sayang aku sebab aku bukan sesiapa
sedangkan kasih sayang yang ada pon boleh lenyap
aku takda hak persoalkan kasih sayang orang kat aku sebab aku bukan jenis ambil berat
bila aku ambil berat memang benarlah itu kasih sayang yang tunggal untuk orang itu
tapi kalau orang dah taksayang aku, sukar untuk aku taksayang dia sebab hati aku paling tegar untuk lupakan seseorang, tak kira kekasih, kawan atau sedara
ada orang tanya 
kenapa buat blog macam cakap sorang2 je
aku tak popular siapa nak baca blog aku?
aku perlukan penulisan peribadi untuk diri aku
sebab bukan mudah untuk cerita kat orang semua yang aku rasa
sebab tak semua orang ada masa untuk aku atau cerita aku
dan aku rasa aku akan membebankan orang sebab aku bukan manusia berdikari
ada orang tanya 
blog macam sedih je takda benda happy ke yang berlaku kat hidup aku
jawapannya memang itu yang aku rasa dan alami
tapi bukan hari2 aku tulis, eh lagipon ni blog aku
sesiapa terjumpa blog merepek ni mungkin rasa sedihnya dia atau apa dia merepek ni
takpe aku tak tahu pon korang cakap apa so aku tak kecik hati
manusia ada pasang surutnya
kadang dia bahagia sekejap walaupon dapat tengok duit banyak kat bank
takkan itu pon nak cerita?
kadang dapat makan ayam golek sebab kat rumah asyik makan ikan je
takkan itupon nak tulis?
hidup tentang mengelak benda sedih dan menjadikan pahit itu ubat untuk bangun
kalau aku tahu apa yang jadi siapa yang nak lukakan hati aku dan aku nak kerja kat mana
tentulah aku tak sedih
#peace
#hug



Saturday, February 14, 2015

runningman



walaupon xdak sebab nak gembira pada masa ni
mereka bertujuh teman aku setiap hari
walaupon menangis jugak sebab jong ki keluar
aku suka sangat kwang soo, jong ki dengan ha ha
kwang soo ni lembap cam aku jugak walaupon dicop pengkhianat
that is the way he continue the game and he still alife!fighting!
jong ki memang ensem tapi xbyk org ensem ada pure heart
but he show me that ikhlas itu penting..xbyk org ensem ikhlas
ha ha walaupon dia suka wat gila tapi kita tahu ke dalam hati dia cemana?
tak mati dibenci orang,jangan benci orang at the final line u will fine the pure one!fighting!
whatever strategy game or acting yang dorang cuba tunjukkan tapi percayalah
hidup ini warna warni and amazing kan..
dulu aku tak suka kawan2 aku addict tengok cerita reality tetambah dari koreaa
tapi aku addict sebab ini yang dapat mengisi hari aku
tapi kalau aku abeskan semua episod nanti, wah kena cari lagi atau tengok lagi sampai terisi
jom gelak dengan running man.



Monday, February 9, 2015

saya rindu tangan itu

saat yang paling gayat untuk orang gayat ialah
bila dia rasakan tangan yang pegang tangan dia hilang
tangan yang peluk dia tak cuba memujuk untuk bertanya
kenapa dia melakukan kesalahan atau berbuat sedemekian
tetapi tangan itu sudah ada tangan yang lain
dan melonggarkarkan pegangan
sewaktu kau pujuk hati kau sendiri
kau sedar perlahan-lahan
air mata kau tiada siapa yang sekat lagi
kau hilang arah dengan setiap percubaan yang kau buat
kau berdoa untuk kembalikan tawa dalam masa
namun saat itu hati kau rasa seperti sepi
hidup ini tentang kesabaran
apa yang kau mahu tentu bukan yang kau dapat
tetapi saat paling laju air mata mengalir walaupon kau senyum
kau cuba fikir masa itu akan ada
tetapi seperti kau tak wujud..
menangis saban malam merindui tangan yang pernah genggam tangan kau
pahit.


Saturday, January 24, 2015

positif itu cabaran

setiap orang dilahirkan sama 
bezanya cuma usaha
minda positif aku kembali 
malu sebab hilang kawalan sebab tidak dapat berfikir panjang
namun itu ialah pengajaran di dalam hidup yang bernilai
siapa kita adalah usaha kita
terasa malas nak bergerak dengan tulang empat kerat 
yang darahnya beku dan uratnya dah mula mengeras
tapi bila tengok dan cari kehidupan orang lain
bercakap dan mintak pendapat mereka
tak salah lagi mereka bukan sahaja baik malah bermotivasi
dibandingkan diri dengan aku yang memilih buat hal sendiri
jauh sikap positif itu
minggu ini amat bermakna sebab minggu ini minggu penting dalam 2015
semangat aku yang hilang pulih sedikit demi sedikit
mereka yang aku berhubung secara lisan dan tidak lisa memberi impak positif
terima kasih kepada mereka yang menyuntik semangat
terima kasih menerima buruk aku ini
aku gagal mengawal perasan ini
aku hargai sangat
jika satu hari aku berjaya kejayaan milik kita bersama
kerana mak ayah pon tak boleh bagi semangat macam ni melainkan doa restu
maaf aku pinta dari kejauhan.

Wednesday, January 21, 2015

case close


buku tidak akan mencari ruasnya betul tak?
kalau buku menjumpai ruasnya tentu dia akan hancur dikandung tanah
siapa kita hari ini ialah bukan daripada ibu bapa kita 100%
tetapi adalah pilihan yang kita mahu
I love u too DC.

Tuesday, December 16, 2014

sejarah pencapaian dalam hidup aku ialah aku mengaku aku rajin
tapi aku tiada usaha untuk mencari peluang
dan sekarang mungkin aku di peringkat paling lambat
aku boleh jadi apa pun kalau aku rajin
aku mengaku aku teliti tapi kalau aku malas memang aku teruk
di peringkat suku abad ini aku dah ketinggalan dari kawan-kawan lain
aku suka berfikir dan mencari sesuatu yang aku perlu tahu
aku nak berubah ada hidup yang baik dan hidup dengan aman
aku perlukan seseorang di sisi yang boleh dipercayai yang betul ikhlas untuk bagi dorongan untuk aku

kadang-kadang aku rasa bagus jadi orang pentingkan diri
sekurang-kurangnya mereka bahagia dan ada pencapaian sendiri
sebut pasal pentingkan diri aku pernah pentingkan diri untuk tidak membantu orang bermasalah
sebab aku rasa aku dah cukup bermasalah untuk kongsi dan selesaikan masalah orang lain
dan selepas tu, punca aku tak nak rapat dengan orang aku tak nak orang tahu masalah aku
ada masalah melibatkan keluarga kita tak nak orang paham kita sebab tu, sebab tiada orang boleh selesaikan masalah macam tu

orang yang betul nak tolong aku sampai mati pon tentulah mak ayah aku
untuk manusia macam aku, aku dah belajar dari sendiri
sebab pada mulanya orang kenal aku boleh terima apa masalah dan sembuh balik
tu pengakuan dari ayah aku sendiri
cuma aku tak nak kecikkan hati dia dan derhaka cakap aku dah bosan jadi tempat boleh dimarah
manusia baik boleh berubah.

kenapa  pendam dulu?dia bukan pendam tapi dia maafkan dan lupakan
tapi bila dimaafkan dan melupakan, orang yang wat salah tak sedar dengan  peluang yang diberi

kalau ada kawan ramai boleh ke kongsi masalah?haruslah boleh sebab kawan yang ini kongsi masalah kekasih kawan masalah kerja kawan masalah keluarga
jadi kalau aku ramai kawan aku takkan bebankan kawan aku yang paling rapat
berat tugas tu nak simpan masalah aku nak hiburkan aku
last2 blog ni yang aku cari balik, walaupon takde respon dia dah bagi aku peluk sedepa nak menangis nak cerita walaupon dia bisu.



Wednesday, December 10, 2014

adik


adik datang pada masa aku bersedih
adik datang tanpa simpati
banyak kenangan banyak memori
telatahnya mengembirakan, kehilangannya dicari
dia ambil berat dia buat apa sahaja untuk aku
sama ada disuruh atau dengan kerelaannya
dia akan call kalau aku lambat reply mesej, dia akan call kalau dia malas mesej
dia jalan kaki malam-malam dari kolej pewira ke melewar
dialah call aku lagi banyak dari kakak dan ayah ketika aku di jogja
dialah yang tunggu aku di lapangan terbang pada hari kepulangan aku
ada tawa ada tangis, kadang-kadang geram jugak kat dia
kalau tanya soalan dijawab soalan
bila dapat je soalan tengah pikir nak cool ke cemana..hahaha
adik bertuah sebab dia mempunyai hubungan saudara yang kuat
mengenali dia buat aku rasa keluarga besar mak dan ayah dia sangat kuat
walaupon ayah dia dijemput lebih awal, tuhan beri kawan dan saudara yang baik kepada dia
jika dibandingkan dengan aku, punyai ayah yang bertanggungjawab tetapi tak paham aku
aku tak punyai saudara dan keluarga besar yang baik
aku mempunyai impian untuk ada keluarga bahagia biarpun sejarah hidup aku tunggang langgang
adik takde masalah nak tengok wayang, aku seronok bila adik ada
rasa macam ada gula-gula yang buat hidup aku berwarna-warni
walaupon aku takboleh nak bagi kelesaan penuh untuk dia masa tinggal kat rumah asrama aku sebab aku pon berkongsi bilik
sampai akhir semester semuanya akan berakhir
bila jauh mestilah rindu, tapi apa aku boleh buat, cuma kenangan jadi teman
semoga ada banyak lagi kesempatan walaupon masing-masing sibuk dan jauh nanti
semoga adik mencapai impian dan berjaya di dunia dan akhirat
hoiiii rindu 200juta%.