Thursday, October 27, 2011

cuti-cuti sendiri


pergi bercuti memang seronok
tapi tetap tak sama dengan duduk kat bilik
bila duduk kat bilik ada internet
badan tak letih,tak payah bersiap-siap
sekarang ingatkan bila dah besar,badan dah kuat
tapi masih di takuk lama,tak tahan jalan jauh
bayangkan dapat naik bas selama 9jam
naik kereta dari pahang kedah 9jam
tiga tahun berturut-turut tiada masalah
dua tiga hari lepas pergi melaka naik kereta
terus kelam kabut dengan prestasi badan sendiri
bila dikaji balik,postur badan dan kedudukan
serta tudung membuatkan aku lembik
perjalanan sebelah balik,aku ambik langkah selamat
beli tiket seat paling depan,cari bas yang ada 3 seat
supaya aku boleh baring-baring macam kat sofa
jangan tidur dan tengok pemandangan yang luas tu
fuhh,last sekali perjalanan lancar 4jam
berjaya naik bas sorang-sorang tanpa menangis
first time dari melaka balik naik bas sorang-sorang
apa-apa kenderaan aku boleh buat aku lembik
lagi teruk kalau aku duduk tempat tak strategik
rupanya siang panas dan memenatkan
tak kira bas atau kereta,tengoklah aku mabuk
malam segar bugar bawaklah aku ke mana saja
timur selatan barat atau utara..
anyway melaka tempat best untuk dihabiskan duit
banyak tempat menarik,yang paling penting semua jarak dekat
boleh jalan kaki banyak-banyak,buang kalori
kalau nak belajar sejarah datang dengan buah hati
oleh sebab tiada buah hati,maka sejarah di melaka
tidak dapat dipelajari,alasan ko leeza!

Wednesday, October 12, 2011

stress

hari ini rasa mahu taip pasal stress aku
stress aku sangat senang ditangani
tetapi amatlah susah dirawati
orang cakap ukur baju di badan sendiri
jadi selama hidup selama 22 tahun
sudah mahir bebenor apa yang diri sendiri mahu
cuma kadang-kadang tertipu diri sendiri
part positif aku stress ialah rajin
rajin membasuh baju,ringan tulang
bila betul tidak dapat menanggung
aku terus cari idea keluarkan peluh
part negatif aku akan malas dan makan
itulah yang aku paling tidak gemar
biarpun aku tahu tahu tak elok part negatif
cabaran menghindari darinya terlalu sukar
bila dah bermalas-malasan mulalah berangan
last sekali satu kerja tak jalan
minggu ni rasa nak balik kampung
sambil nak setelkan kerja
melawat dan bertanya khabar orang kedah
orang-orang aku rindu di tapak bina
kakak-kakak di pejabat,nak mintak ilmu lagi
nak tengok mak ayah,nak mintak keberkatan
aku tak boleh main-main sangat macam dulu
sebab malas belajarlah kena habiskan betul-betul
lari dari landasan stress,orang lain dah kumpul duit nak kawen
aku kumpul duit untuk enjoy,sebab orang lain dah rasakan
aku masih selesa hidup macam ni
bagi aku jodoh sudah ada tinggal tak nampak ja
macam dalam mimpi,selalu datang tak berwajah
datang menenangkan ketika sedih,mengesat air mata
datang mengembirakan,datang membuat hati riang
yang aku kena berjaga-jaga stress ni
memuncak-muncak dalam fikiran
mungkin aku perlukan apply work breakdown structure
benda yang belajar dalam management,untuk uruskan kerja
uruskan mana kena selesaikan dahulu,grrrrrrr
semangat datanglah semangat



Monday, October 10, 2011

satu kata








coklat~kad~little azzam


satu kata terima kasih untuk awak-awak semua


Monday, October 3, 2011

kisah hati mungkin

comel sangat cerita bergambar aku save dan nak share kat sini
bagi aku ada betul jugak mesej yang disampaikan
cuma berbalik pada niat dan tujuan kita berkawan dengan orang tu
andai kita jaga hati dari jatuh kepada lelaki,belum tentu lelaki itu dapat memiliki hati kita
sebab lelaki sekarang tidak suka kesusahan dan cabaran,banyak perempuan zaman sekarang ni
kecuali lelaki itu benar ikhlas
mesej ni jugak sesuai untuk lelaki,jagalah hati jika tidak mahu jatuh
benda simple akan jadi simple..mungkin mesej ni jugak tak sesuai aku..kekeke








Saturday, October 1, 2011

168 jam lepas

kadang-kadang benda separa sedar akan berlaku tanpa disedari
benda kalau lama tak digunakan boleh berkarat akhirnya
barangkali sudah lama dia tidak diberi makanan sihat
sudah tiga dan empat kalinya seperti berjalan dalam mimpi
membiar kesakitan membaluti hati,meratah sisa hidup
membuat orang di sekeliling risau,menjauhkan diri dari keluarga
jiwa dan emosi terlalu dipandu dengan nafsu..
risau tapi masih tetap di situ masih membiarkan masa berlalu
hanya tidak mahu sesuatu yang tidak baik di hadapan
maafkan diri sendiri..

Thursday, June 23, 2011

mereka rasa kool

dalam hidup ini kita tidak boleh lari dari fenomena masalah
cabaran seorang perempuan lagi tinggi,cuma perempuan lebih kuat?
aku ingat bekerja dengan lelaki mudah,efektif dan berkesan
tidak dinafikan itu betul,namun ada yang tidak bagus tentang mereka
pertama mereka rasa kool bila dapat hisap rokok,siapa peduli?
dengan tiada rasa hormat menghulur aku sepuntung rokok
"Lah ingat duduk luar lama(duduk luar dari kedah),boleh la smoke"
walhal aku bertudung dan duduk sopan-sopan tak nampak ke?
ish nak cakap rabun muka dengan gigi macam arnab,apa kaitan?
kedua mereka rasa kool bila dapat cakap benda bukan2
oi kalau ada masalah tapislah ayat pakai penapis air ke
kalau tak da jugak pakai penapis teh atau santan mak kau
benda carut marut simpan dalam poket sendiri
nak muntah aku dengar lelaki yang tak jaga maruah sendiri
aku tahu kadang-kadang seorang itu akan berang dan naik minyak
tapi cakap siang pandang2 cakap malam dengar2
itu mungkin sesuai untuk orang nak mengumpat tapi aku syorkan jugak untuk orang yang carut marut bagai
ketiga mereka rasa kool duduk ramai-ramai bergelak ketawa membangga diri
mula-mula dulu memang mereka penyegan bertutur macam dalam reban ayam(kelambu)
tapi sekarang harimau bintang sudah mula menampakkan bintangnya???
aku sebenarnya tak kisah sangat,tapi yang aku kisah mereka ialah lelaki melayu
kenapa orang luar,orang indonesia tidak berkalakuan sedemikian?
suraji berusia 40tahun yang merupakan orang kepercayaan bos selama 10 tahun
nampak tenang,rendah diri dan sangat komited dalam kerja
biarpun ada masalah dia tetap kool dan terus tersenyum
sangat senang berbicara dan bertanyakan masalah kerja
bukan bias atau jangan anggap aku ni dah termakan guna-guna dari indon lak..haha
sangat beda ya mereka yang ku katakan!


Tuesday, June 14, 2011

indahnya pagi

indahnya pagi rabu ini
indah lagi kalau ada orang bagi ros
itu bunga kakak aku punya
aku cuma songlap untuk bergambar
bukan pagi lain tak indah
cuma minggu ni aku macam tak betul sikit
lepas kena tegur dengan bos aku jadi tak tentu arah
lupa aku nak tulis dalam resume bahawa aku berdarah gemuruh selain dari darah A
masuk yang ini,aku sudah disapa bos dua kali..ececeh DISAPA..macam teman tapi mesra pulak
pertama hal peribadi "awat kakak kamu cakap,kamu takut kat saya"
aku cuma senyum je depan staff lain kot tengah makan..nasib dah habis makan
kedua hal kerja "mana yang kamu nak present nanti,saya nak tengok"
makkkkkkkkkkk cek tak buat lagi
agak-agaklah bos baru sebulan menjalani latihan industri
buku log pon tunggang terbalik dilambung ombak kat site
wow memang mantap bos aku ini..pensyarah ump pon tak pernah wat aku terkejut sampai macam ni mintak assignment
waktu tu nak gugur jantung aku..darah bersirap sebab tak tahu nak jawab apa
aku dengan selamba menjawab semua progress dalam buku log,pasal present saya belum buat
disebabkan bos tiga hari aku tak sihat..makan semua ok..tapi lepas makan kan
dia macam ada simptom nak muntah..betul ke aku eja SIMPTOM
simptom pening kepala jugak lepas makan..malam rasa macam badan teruk sangat
tak sedap badan senang cerita sampai berpeluh-peluh takda sebab
benda ni tiga hari menghantui aku bila aku asyik memikirkan apa benda aku nak buat
sekarang nasib aku macam bom jangka kena bersedia 25jam sehari
jadi untuk mewarnai hidup aku yang macam mayat 2 3 hari ini aku kena aktif sikit
melupakan kejadian tersebut dan mencari idea nak setel semua kerja dan benda bos nak tengok

tinggal 2 bulan..

tapi sayang inilah hiburan dan pelangi hidup aku
hati aku tenang bila tengok orang wat kerja dekat site
hati aku terhibur bila aku sibuk dan makan tapau hari2
hati aku riang bila berjalan-jalan kat tapak projek
hati aku gembira bila memandu menuju tapak projek
suatu benda pelik aku rasa,bila aku betul rasa bermakna dapat masuk dalam bidang ni
memang aku malas nak belajar dan teruskan benda susah ni
tapi bila tengok orang lain bersusah payah nak dapatkan sesuap nasi
berpeluh bertimba nak kirim duit kepada keluarga di seberang
"panas dik berdiri kat sini" pilu hati aku kat buruh indonesia ni
yang dia berpanas tu macam mana?
mana nak dapat duit banyak ni nak bantu orang2 kat dunia ni
haishhhh dah merepek la ni
indahnya pagi ini indah lagi kalau bersama orang tersayang..
miaaauuu