Monday, December 26, 2011

kualiti air

diam tak diam sudah sampai sampai masa
untuk aku present projek semester akhir satu
tajuk kualiti air di suatu tempat..hahaha
jangan tak percaya esok mock presentation
dan lusa rabu bertuah presentation
aku baru nak baca pasal kualiti air
aku dapatkan idea nak wat slide,terus tepon kakak
mula-mula aku berbasi-basi cakap dengan dia
dengan selamba"tolong cakap straigt,jangan belok"
wow,kakak aku memang orang yang tegas orangnya
tak sangka pulak sampai dia faham isi hati
mungkin pertama dia orang yang pentingkan masa
kedua aku tepon dia bila nak mintak tolong atau pendapat
yang ketiga ada tetamu di rumah dia
sekarang dah nampak apa nak isi dalam slide
tapi flow untuk parameter air di tahap teruk
marilah berjemaah tutup internet anda
kerana aku nak google dengan mudah malam ni..hahaha

Tuesday, December 20, 2011

sakit lagi




aku suka agnes lagi sekali
aku suka scha al-yahya jugak
aku sakit gigi lagi
tapi aku tahan lagi
aku tak jumpa doktor
aku kuatkan diri
kerja banyak,projek banyak
kadang buat kerja kat bilik orang sehari semalam
kadang tak mandi 24jam,tak tidur 36jam
study last minit..makan tak tentu
makan benda lembut takut gusi sakit
dah teruk sampai sebelah muka
sampai bila orang tanya banyak rasa nak bagi penampar
bila orang cakap kuat-kuat rasa nak bunuh diri
perasaan nak balik rumah yang mendalam,terpadam
kerja bertimbun,tak susun dengan baik
harap tiga minggu yang bakal dilalui dipermudahkan

Sunday, November 27, 2011

mana-mana yang salah


mak ayah memang berhak risaukan anak mereka
dan memilih benda-benda yang baik untuk anak
tetapi situasi di sini mak ayah sepeti tidak percaya
membuatkan aku rasa aku seperti anak angkat
aku seperti sedih bersendirian menanggungnya
hak seperti berkawan,kebebasan dan keterbukaan
menghalang aku terbang dan memilih hingga tahap ini
membuat aku kecewa dan buntu setiap detik
aku mengaku terlalu jauh aku bercinta dan berkasih
sekurangnya racun dalam hidup aku telah mengajar,
tanpa jatuh,salah dan kalah aku tidak cerdik
aku sama sekali tidak betah tentang kehidupan..
aku memohon kepadaNya supaya dibetulkan
dan dipertemukan dengan orang yang tepat
walaupun aku belum bersedia,
dan menyusun keping-keping hati supaya bercantum
sembuh bukan sinonim seperti maknanya
orang yang bijak dalam mengawal situasi dan diri aku
sabar menilai dan menjaga perasaan yang terlalu halus ini..
paling utama sentiasa menjaga temu janji
dan patuh pada perintahMu maha mengetahui
aku tidak suka berada di luar kepercayaan orang
terutama orang yang sangat-sangat penting
mereka yang telah membesarkan aku
namun suatu hari akan aku buktikan sesuatu
bahawa yang tidak betul,yang silap akan mendahului
sebelum betul.
ada orang lain cabarannya,ada orang tiada masalah
bahagia,diuji sakit.
ada orang punya wang namun tak mampu beli kasih sayang
seperti tidak kena berkata-kata tentang kasih dan sayang..
sedangkan pada tahap ini nilai kasih sayang dalam diri aku
terlalu menipis..
ada orang jalan hidup sentiasa mudah,tapi diberi ujian lain
tiada salah dan betul,tetapi persefahaman
jika tak mampu bertanya,siasatlah sendiri
pejam mata hati bertindak perlahan,dari diam dan menghukum
jika kita sayangkan seseorang ambillah berat secara diam atau berdepan
dan jika itulah anak yang kita sayang,reflek keadaan sekeliling.
bukan mengawal tapi sentiasa memastikan keadaan terkawal
itu lebih efisien.i'm done with my word.
.

Thursday, November 24, 2011

Saturday, November 19, 2011

tasbih kasih

hari jumaat baik untuk sambut hadiah baik
semoga tasbih kasih dari sesesorang
dapat menjarakkan kita kepada lebih diredai
hari-hari yang aku pinta darimu
hanyalah hari yang aku perlu renung kau
hari yang perlu aku amati kata-kata kau
untuk akhirnya dan menyelesaikan segalanya
jangan kita jadikan masa lalu,kepentingan diri
menahan perasaan untuk simpati
betullah kata orang kalau kita sayang tak semestinya benda itu milik kita
i am sick playing this way..

Friday, November 11, 2011

paint


bila bercakap rasa nak ulang benda yang sama
bila berkhayal rasa nak tidur sepanjang masa
tapi bila melukis dan mewarna,rasa puas
masa sekolah selalu mewarna kat buku kartun
sebab nak melukis tak cantik,tak kemas
nak lukis orang jadi raksasa,kadang lidi sate
bila nak warna lukisan mesti pilih LUNA
ingat bakat besar dalam mewarna,selalu join contest
cikgu wat contest kat kantin sekolah
semangat mewarna tertongeng-tongeng
mana tau dapat saguhati kalau ada LUCK
macam biasa bakat ala-ala kadar saja
bakat mewarna takat sedap mata memandang
dari sekolah pon memang sederhana
tidaklah menyilau atau malap kehadiran diri sendiri
sekarang hampir terlupa bakat tipu-tipu dalam diri
dua tiga hari duduk mencari pemangkin rajin
konon bila main games daun terup sel otak bersambung
terjumpa paint sebab suka crop gambar
sudah malas mahu guna sebarang medium edit foto
tercetus idea mahu melukis dengan jimat
tak payah beli buku lukisan dengan warna
boleh buat lukisan banyak,walaupun cikgu tengok bagi C-
nak bercakap malas,nak menulis merapu,jadi melukis
warna boleh girangkan hati,melukis boleh pupuk kesabaran
lukisan kat atas gambar tasik,inform awal takut sebarang kemusykilan..

Saturday, November 5, 2011

aku sedar

mood nak tulis kat blog hari2
sebelum terlambat aku melakukan apa2
mengucapkan terima kasih
aku sedar ramai yang sayang dan peduli aku
terutama kawan baik aku
yang selalu protect aku macam pakwe aku
'kau tahu,aku terharu tapi aku tak boleh jiwang'
nak ucap semua tu kat kau
begitu jugak kakak angkat aku
yang kadang2 agak tegas dan garang
'kaulah terbaik antara terbaik'
seterusnya orang yang takut aku nak hadapi
dan buat aku berfikir seribu dua kali
sebelum taip sesuatu untuknya
penasihat dan boleh dikira pengkritik
'terima kasih abang'
selepas itu mereka2 yang berada di bilik sekarang
orang sebelah katil,orang hujung bilik dan orang jaga pintu
kalau tak,mana boleh duduk satu bilik
tak lupa orang paling akhir
racun dalam hidup aku
orang yang buat aku nak jadi terbaik hari2
orang yang buat cita2 aku hampir menghampiri

setiap orang memerlukan sesiapa sahaja
paling mujarab doa mak ayah
dan yang selalu ada walau kita melupakanNya
salam aidiladha